Pages

Wednesday, August 25, 2021

Pokok Ayah dan Bulan Kemerdekaan

Ayah cakap pokok bunga ayah dah berbunga lebat.. cantik warnanya... tapi tak lama sebab nanti akan jatuh angin tiup.

Dah taruk bajalah.

Ayat ringkas Cik Ujang.

Ayah tau tanam je... lepastu siram, trim pun dah malas.
Baja lagilah tak pernah letak sampaikan Cik Ujang yang letakkan.

Sampai tumbuh pokok pakis kat pasu.
Hurmm.. tu kalau ibu rajin ibu cabutlah... kalau tak nanti sama besar dengan pokok.

Ini satu lagi... beli set hidroponik.. orang ada ayah pun nak ada haaha.. terpengaruh rakan sebaya. Last-last sekali tanam je.. itu pun pokok sawi dan bayam Brazil. Lepastu terbiar.
Boleh pulak letak pasu pokok lidah ular ibu tu.

Bendera ayah recycle je tahun lepas sebab masih elok.. lepas guna simpan balik kekdahnya.. Bendera besar tak jumpa lagi kat drawer mana entah.

Ayuh semarakkan bulan Kemerdekaan!

1 Ogos sehingga 30 September 2021.

 

4 comments:

  1. Pokok tu saya pernah tanam. Dah elok besar tapi lepas tu musim panas dia mati pulak. Tak sempat nak trim bentukkan macam bonsai tu. Cantik buat pagar kalau rimbun tanam dalam tanam tu macam landskap. Dalam pasu buat bonsai cantik. Alahaii terbengkalai pulak projek tanam menanam ye. jadilah tempat letak pasu dan pacak bendera.

    ReplyDelete
  2. Akak tak berapa rajin nak tanam2.. malas nak jaga. Memang cantik pokok tu kalau dibuat pagar dan trim tapi tukang trim tak rajin plak 😬😬😬😬

    ReplyDelete
  3. Cantik pulak pokok bunga tu kalau trim ala2 bonsai lagi cantik kot...jom la kibarkan bendera kat depan rumah...SA dah...hehehe

    ReplyDelete
  4. Comel jew pacak bendera dalam pasu.
    Kami belum lagi pasang bendera.

    ReplyDelete