Pages

Thursday, August 12, 2021

Minggu Peperiksaan

Hari ini hari kedua Wafi menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Sekolah Rendah Agama setelah beberapa kali tertangguh dek Covid 19.. PKPlah, PKPDlah... Mula-mula ibubapa kena ambil kertas peperiksaan di sekolah, tak jadi pula sebab sekolah tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Tangguh hingga beberapa minggu. Minggu lepas, runner ditugaskan untuk menghantar semua kertas soalan yang dimasukkan ke dalam sampul surat kepada setiap murid. Kalau tak silap hanya murid tahap 2 sahaja yang mengambil peperiksaan.

Kalau ikut jadual peperiksaan dijalankan pada Isnin 9.8.21 tapi hari tersebut merupakan tambahan cuti sempena Maal Hijrah. Jadi hari Rabu mula periksa.

Peperiksaan dijalankan secara Google Meet. Terpaksalah Wafi buka kamera. Biasanya semasa kelas PDPR Wafi jarang buka kamera jika tidak disuruh oleh guru. 

Semalam sebelum mula Wafi kata butterfly banyak sangat dalam perut. Lama sangatkan tak periksa. Tahun lepas pun peperiksaan akhir tidak dijalankan.

Hari ini ayah teman Wafi sekejap since ibu masuk ofis pagi tadi. Jam 4 baru ibu sampai rumah. sempatlah bagi kata-kata semangat kat Wafi lagi. Ibu belikan air Milo tin sejuk... wahhhhh.. suka sangat Wafi sambil meneguk air tersenyum-senyum jawap periksa. Itu pun dok risau  juga jawab Bahasa Arab.

Come on Wafi.. you can do it!

Oh ya... Masa ibu balik tu Wafi jawab periksa kat ruang tamu guna laptop ayah sebab beberapa minit sebelum mula, tiba-tiba laptop Wafi blank.. haishhhh.. dah lah sedang berdebar-debar. Mujur ayah cepat selamatkan keadaan.

Lepas tengok Wafi tu, ibu terus terlelap.. penatlah pulak hari ni, mungkin juga sebab puasa dan cuaca kat luar panas. 6.30 pm baru masuk dapur lepas bersihkan diri. Nak minta Kakak Widad masak pun tak sampai hati sebab pagi tadi kakak kata demam. Mungkin disebabkan dos kedua yang diambil semalam. Ibu belikan air 100+ untuk kakak minum

Ini je lah.

Tempe goreng tepung Bestari
Ayam tumis + sayur

Campur je semua, nak senang dan cepat. Tak ada kuah, abang Imi makan dengan kicap. 

Ibu ada belikan takoyaki untuk mereka makan petang-petang. Ada balance ibu makan masa buka bersama anak-anak since ayah ke surau.

Cinanamon tu Cik Wada bagi. Anak-anak konfius macam mana nak makan sebab ada topping cream cheese. Itu sebab mereka makan pakai sudu. Ibu cakap makan macam roti lah. Thank you Cik Wada. 

Tekstur roti ni tak sama dengan roti yang sebelum ni Cik wada buat. Cinanamon ni agak padat. Munkin macam itu sebab ini pertama kali ibu makan, sebelum ni hanya tengok review orang sahaja.

3 comments:

  1. Good luck Wafi. Minggu lepas Firdaus exam sekolah agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu Amie.. Firdaus dah merdeka, mommy lagi lah lega kan!

      Delete
  2. Dugaan anak anak nak belajar masa pandemik ni. kejap kejap berubah PKPD PKP semua. Semoga Wafi lulus exam dengan cemerlang. Aaminnn...

    Senang masak lauk macam tu kak. 2 in 1 ada sayur dan protein. Lain sikit rupa cinanamon roll tu.

    ReplyDelete