Pages

Wednesday, August 4, 2021

Bihun sup utara, mi jawa dan kertas peperiksaan SRA

Hari ni selesai closing.. fuhhhh.. dari pagi non-stop. Lunch pun tak sempat.. dan tak ada siapa pun masak lunch. Masing-masing ada komitmen. Mujur ada baki karipap dan wedges sarapan pagi. 

Malam tadi ibu dah siap order mi jawa dan bihun sup utara untuk minum petang. Delivery sampai jam 4.15 pm. Ngam-ngamlah lepas ibu submit report. Order 5 bungkus setiap satu, bolehlah berbagi dengan Cik Cha dan Cik Ujang.

Beli dari Pakcik Rizal, beliau masak dan deliver sendiri.
Senang... kita tunggu sahaja di rumah.

Ibu dah tak tahan... lapar

Hilanglah rindu nak makan bihun sup utara.
Kalau kat Kulim suka bihun sup Cik Kiah, jiran sebelah rumah atukwan. Cik Kiah ni berniaga sup dan laksa. Tersangatlah marbeles.

Lepas solat isyak, makan pulak mi jawa.

Penuh perut dengan mi hari ni.

Esoklah masak nasi... lapar nasi dah ni!


Petang tadi ustaz dari SRA datang ke rumah dan serahkan kertas soalan peperiksaan sekolah agama. Isnin, 9 Sep 2021 Wafi akan mula periksa.

Ayah : Haaaa Wafi, bolehlah buka tengok soalan.
Wafi : Ehh mana boleh ayah, Allah nampak.

Sengajalah ayah menyakat Wafi.

Ibu terdengar tadi semasa sesi google meet, ustazah pesan :-

1. Buka sampul surat hari Isnin jam 3 pm
2. Semua buka kamera semasa google meet
3. Tidak boleh meniru, Allah nampak 

Esok baru Wafi nak ulangkaji subjek SRA.
Adoiiii... boleh pulak dia defer!

 

3 comments:

  1. Sedapnya bihun sup utara. Dulu dok utara senang nak jumpa. Dok selatan ni memang susah nak jumpalah. Senang order siap siap. Settle kerja boleh makan terus. Right timing. Semoga berjaya untuk Wafi jawab exam nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. boleh juga bantu2 kawan berniaga kecil-kecilan yang terkesan dengan pendamik ni.

    ReplyDelete
  3. Rindulah sup bihun utara yang kuning tu!
    Selamat menghadapi peperiksaan Wafi.

    ReplyDelete