Pages

Monday, August 16, 2021

Isnin yang memenatkan

Hari ni kerja macam non-stop.. tak sempat pun nak rehat tengahari tadi. Biasa dapatlah nap 30 minit. entah apa yang dikejarkan pun tak tau walau kerja dari rumah.

Jam 3 pm temankan Wafi jawab exam Akhlak dan Sirah. Exam hari keempat. Esok last.
Wafi cakap Sirah susah sebab tak hafal Perjanjian Khudaibiah. Paling susah katanya.

Cik Biela sempat singgah bawak samba/tempoyak daun kayu.
Ibu letak tepi dulu untuk makan buka nanti.

Terima pula delivery kek kombo Mamasab.. lupa plak yang malam tadi order. Wafi yang teringin semalam tapi Ahad takde delivery, tu yang dapat hari ni. Bila dah sampai taknak makan lagi nak tunggu ibu lepas buka nanti.

 
Buka dan dinner simple je.
Sayur dan sardin tumis tengahari tadi. Ayah yang masak.
Kakak Widad tumis sambal petai, teringin katanya. Itu balance lepas Kawi makan. Kakak masak dua papan je. Kami berdua je makan petai.
Ibu gorengkan 2 ekor ikan dan 2 biji telur. Balance sekeping tengahari tadi. 
Samba daun kayu tu yang Cik Biela bagi tadi. Memang makan bertambah lah ibu tadi.. dah lama tak makan. Mujur makan sorang-sorang hahahahah... huntonggg.

Ingat nak makan ikan tu semua... lupa pulak yang Bami pun suka ikan kembung hahaha..
Bami cakap ikan orang susah kat Wafi sebab Wafi tak berapa nak makan ikan kecik.
Bami ingatkan Wafi kat rumah atuk dulu nenek suka goreng. Ikan itu lah yang Bami makan.
Ibu beritahu anak-anak yang ikan lagi mahal dari ayam.

Hari ni cuaca sejuk je.. hujan dari tengahari membawa ke malam.

4 comments:

  1. Sehari je lagi exam. Lepas tu wafi boleh rehat. Sempat lagi Wafi request kek mamasab. Sedap lauk lauk simple macam tu. Menyelerakan lagi lagi ada sambal. Sambal petai, sambal sardin, sambal tempoyak daun kayu semua buat tambah nasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. lauk2 camtu memang boleh makan tak hengat dunia.

      Delete
  2. Semua lauk-pauk tu sedap belaka. Menambah nasi dalam pinggan.

    ReplyDelete