Pagi ni buat lempeng kelapa gara-gara update status kawan ibu di FB yang makan lempeng kelapa beserta kari. Malam tadi ibu dah google resepi.
Walau ibu pernah makan lempeng kelapa yang nenek buat tapi ibu tak pernah buat lagi sepanjang hidup. Biasa buat lempeng biasa je sekadar tepung, air dan garam atau ada tambahan telur dan margerin.
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih)
3. 1 1/4 cawan air
4. 1/2 SK garam
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas dan jadikan batter
2. Lenserkan non-stick pan dengan minyak masak
3. Masukkan 1 1/2 senduk batter dan leperkan atas pan
4. Bila dah nampak sedikit garing bahagian atas, terbalikkan
5. Angkat bila permukaan sudah keperangan
Makan dengan sambal sotong.
Makan begitu sahaja pun sedap sebab rasa lemak-lemak masin.
Mama, lempeng ni macam ada rasa lemak santan
Owh... bukan santan, itu kelapa parut.
Rasanya ini pertama kali Wafi makan lempeng kelapa.
Memang sedap lempeng kelapa. Makan dengan sambal tumi atau kari, dua tiga keping boleh habis.
ReplyDeleteBetul lah.. boleh ngadap berkeping-keping.
DeleteMemori betul ni
ReplyDeleteJaman kecik2 dulu memang selalu ngadap sarapan lempeng kelapa ni
Dah tuek ni baru saya buat sendiri wak.. mujur anak-anak nak makan.
DeleteSedapnya lempeng klasik macam ni cicah dengan sambal tumis. Satu keping tak cukup.
ReplyDelete