Pages

Tuesday, August 3, 2021

Hari yang havoc


Hari kedua bekerja di bulan Ogos. Bermakna minggu yang agak sibuk dengan monthly closing. Totally bekerja di rumah agak menyulitkan pada sesetengah perkara. Ini kerana perlu cover staff yang tidak dapat bekerja di rumah disebabkan internet access yang terhad. Bukan pelajar sekolah sahaja ada kekangan, staff pun sama. Untuk datang ke pejabat tidak dibenarkan sama sekali. Maka sumber yang ada digunakan sepenuhnya huhuhu...

Oh ya... sama ada bekerja atau tidak, bulan Ogos ada pemotongan gaji sebanyak 20%. Ini kerana tiada pengeluaran di kilang disebabkan PKP. Bulan Julai pula kena potong 15%. Syukurlah walau tidak dapat bekerja syarikat masih membayar gaji kepada semua pekerja. Tapi yang bekerja setiap hari rasa krik.. krik.. jeles juga pada yang tidak perlu bekerja tapi dapat gaji yang sama (hohoho). Harap-harap yang bekerja dapat claim tambahan cuti. (haraplah).

Jam 6.30 tadi kepala sudah berat.. mata pun mahu tercabut keluar. Figure semua dah menari-nari. Maka jalan terbaik masuklah ke dapur. Buat-buat masak.. ehhhh..

Tersedialah minum petang hari ni. Juga makan malam sekali. Tak ada dah nak ke dapur lagi masak-masak. Sapa-sapa lapar nanti masaklah apa-apa frozen food tu.

Pisang goreng + sambal kicap, tepung goreng, karipap sardin dan teh-o.

Tepung lebihan tu asingkan siap-siap. Ini mau berebut anak-anak. Kadang geram juga bila dikopek/ambil kulit tepung luar tu... dah dibogelkan isinya. Pantang betul kalau ibu nampak sapa yang buat. Selalu cakap tu yang togel sapa nak makan???

Pisang tanduk manis-manis masam.
Sedang elok digoreng. Ini yang nenek bagi.

Karipap frozen je.
Antara karipap sardin yang sedap di tekak kami.
Makin lama makin naik harga. Sekarang RM7/10 pcs. Masa mula-mula keluar baru RM4/10 pcs.
Sebab sedap ibu beli 6 pack buat stok. Ada lagi 2 pack Cik Yah bagi haritu. Cukuplah untuk 2-3 minggu. Lainkali boleh order lagi.
Kadang-kala bila nak beli sesuatu dan harga agak mahal fikirkan balik kalau nak membuatnya lagilah leceh. Baik beli sahaja. Bolehlah membantu menjana pendapatan negara hahahah (alasan!)


Tadi masa pilih-pilih gambar terjumpa gambar ni. Rupanya ada budak tu sengaja tinggalkan di galeri. Gambar kanan tu ada caption sebelum ni dan ibu sudah terbaca malam tadi. Biasalah Wafi kan suka meluahkan perasaan. Sebab melibatkan ibu dan ibu pulak merajuk (saje-saje), itu yang budak omey ni tutup dan minta maaf.

Hurrmmm.. apa-apalah awak ni Wafi.
Sori tau hari ni ibu tak dapat tengok awak buat kerja.
Kalau ibu tunggu mau jadi hijau lagi.

Setakat ini dahulu. Kena masuk semula home office ggrrrrrrr

3 comments:

  1. Macam macam dugaan pandemik ni. Masing masing ada kisahnya. Perasan juga harga makanan semakin naik. Hihi..makan asing asing, yang togel tu terpaksalah kita makan habiskan. Bila rasa renyah nak buat, better beli.
    Sempat lagi tu wafi meninggalkan selfie dalam phone :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu juga yang kena habiskan yang togel2 tu.

      Delete
  2. Bagi saya WFH lebih sukar!
    Memang mental dan fizikal sangat teruji! Waktu begini kadang-kadang segala harimau dan serigala saya keluar hihihiii!

    ReplyDelete