Sudah hari ketiga rupanya bekerja di ofis. Dua hari betul-betul penat bila balik ke rumah. Lepas solat Isyak terus lah tertidur. Sebelum tu sempat bertanyakan Wafi kerja PDPR mana yang dah setel dan mana yang belum habis. Ibu tandakan dalam checklist. Wafi siapkan sendiri kerja.. harap-harap semua dah hantar kepada cikgu mana yang perlu di hantar. Ibu check whatsap mesej kelas Wafi mana yang cikgu buat online quiz dan mana kerja yang kena snap and send.
Hari ni nekad balik awal. Sharp jam 5.02 pm dah touch card. Sudah janji dengan Sales Advisor Honda, Rashid untuk collect road tax dan cover note insurance di showroom sebelum jam 5.30 pm.
Tak apalah Kawi, tengahari tadi pun dah masak spagheti jadi petang biarlah ibu masak.
Cempedak goreng.
Cakoi inti kacang merah (ayah beli).
Sawi tumis bawang putih.
Air asam.
Bawal goreng.
Papadom.
Ibu buka puasa merangkap dinner untuk ayah dan anak-anak.
Sekarang style Wafi bila ibu balik dan dekat padanya mesti dia terus pakai headphone dan memang sedia duduk di meja kerja. sebab dah tau apa ayat yang ibu akan tanya.
Sebelum ibu buka mulut, jari Wafi dan letak kat mulut tanda senyap... ssssyyyyyyyhhhh
Wafi dah siap kerja?
Itulah ayat ibu hari-hari without failed!
Bila dah mula kerja sibuk tetap pantau kerja aktiviti anak anak. Pastu masak lagi. Alhamduillah dapat juga memasak untuk berbuka merangkap makan malam. hihi..Soalan standard ibu hari hari sampai dah boleh hafal dah ye wafi. Baru saya tahu nama kuih cakoi inti kacang merah tu. Pernah beli tapi tak tahu namanya.
ReplyDeleteNama kuih tu akak teka je sebab beli Kat gerai yang jual cakoi 😃
ReplyDeleteBawal goreng tu kesukaan Firdaus.
ReplyDeleteKuih cakoi inti kacang merah tu kami panggil pau goreng inti kacang merah.