Pages

Tuesday, August 10, 2021

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmati tahun baru dalam kalendar Islam.
Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhi dari sebarang penyakit dan dihindari dari virus Covid19 yang sudah tentunya amat ditakuti ketika ini.
Hanya Allah sahaja penyembuh segala penyakit dan Allah juga yang Maha Mengetahui.


Hari ini ibu sediakan Nasi Kuning untuk keluarga. Bolehlah relax-relax makan ya semua. Since ibu puasa hari ini, ibu simpankan sikit sambal sotong untuk berbuka puasa hari ini. Sambal hari ini kurang banyak sebab stok cili kisar rupanya sudah habis. Cili kering pun tak ada. Dahlah sotong 3 ekor. Itu yang hari ini sambal sotong ada kuah lebih. Nasi pulak masak 5 pot. Tak cukup sambal, petang ni kena masaklah apa-apa yang pedas.

Dipermulaan tahun hijrah ini, ibu perlu masuk home office. Perlu sediakan budget untuk revise income tax instalment.

Semoga business company akan sentiasa success dan sustain agar dapat memberi manfaat kepada semua pekerja. Para pekerja juga diberikan kesihatan yang baik.
 

6 comments:

  1. Salam Maal Hijrah dari SA dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA yang cantik manis singgah di sini.

      Delete
  2. Salam Maal Hijrah 1443.
    Mudah-mudahan ada diantara doa kita diangkat oleh-Nya! Sesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Maal Hijrah. Sedapnya nasi kuning dan sambal sotong tu kak.

    ReplyDelete