Pages

Thursday, December 19, 2024

47 Hari Rindukan Wafi

Alhamdulillah... hari ni Wafi dah balik. Rasanya macam paling lama tak jumpa Wafi selepas hantar awal bulan 11. Bila dihitung, 47 hari. Patutlah asyik terkenang² je. Bila Wafi call rasa nak gomol² je.

Petang ni ayah jemput. Tren sepatutnya sampai jam 6.18 pm tapi delay pulak hari ni. Sampai jam 6.55 pm. Macam tak pernah delay je sebelum ni.

Masuk je kereta layan handphone. Lama tak pegang, rindulah tu. Alhamdulillah handphone Wafi telah dipulangkan semula. Sebulan selepas kejadian kecurian. 

Selamatlah duit ibu ayah🀲

Sampai² rumah mengadu penat.

Ayah belikan air Tealive. Semalam dah pesan nak Strawberry Smoothies tapi tak ada lah pulak.. tukar Matcha with bubbles.
Cooler bag Squid Game tu baru rasanya sempena SG season 2 berharga RM5.

Balik kerja ibu belikan Nachos, topping daging. 2 minggu lepas beli RM10, hari ni beli RM12 😬😬

Tapau juga set tomyam ni untuk 2 orang tapi kemain banyak, cukup makan berempat. Set ikan 3 rasa, telur dadar, kailan ikan masin, tomyam campur dan nasi ni berharga RM40. Kalau tak silap sebelum ni RM35. Kemain semua naikkan hargaπŸ™„

Ole2 untuk Wafi yang baru sempat diberi. Tumbler Typo Snoopy beli di JPO, pocket mirror dan keychain dari Singapore, Bukittinggi dan Selangor International Book Fair.

Gantung terus, kemain happy dia. 
Mr Hyppo dah ada kawan.

Esok Abang Imi pulak balik bercuti sempena cuti Hari Krismas. Seminggu duduk rumah dan ada kelas online. 

Lengkaplah keluarga kita nanti.

Insyaallah Sabtu dan Ahad ni Shohari Clan ada Family Day di Port Dickson. 

Tuesday, December 17, 2024

Keluarga Hagemaru

Masa Abang Imi dan Kak Widad sekolah rendah kami suka layan kartun Hagemaru.
Keluarga Hagemaru ni sebolehnya akan berjimat sampai kadang-kala tak masuk akal perbuatan mereka.

Kadang-kala ibu akan cuba kaitkan cerita Hagemaru dalam kehidupan.

Bila ada benda yang boleh dijimatkan ibu akan cakap kat anak-anak... kita kan keluarga Hagemaru 😁

Walaupun ramai yang tak berapa suka kartun ni tapi kami seronok menontonnya. 
Mana yang baik kita ambil sebagai tauladan, yang tak elok tu tak payah lah nak ikut.

Thursday, December 12, 2024

Piknik Di Dragonfly Park

Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor adik beradik ibu cadang untuk breakfast picnic. Kita cari tempat yang paling dekat dengan rumah je. Dragonfly Park di Eco Grandeur lah yang paling senang. Kebetulan pagi tu cuaca cerah.

Jam 7 am ibu dah sampai taman, book dulu pangkin berhampiran kawasan permainan. Letak beg makanan atas tu. 

Lepas tu ibu briskwalk 3 kali pusingan tasik sementara tunggu yang lain sampai.

Bila ibu kembali ke pangkin... alamak... macamana pulak ada orang lain sedang piknik kat situ... musykil.. padahal sudah letak barang.

Tidak mengapalah... kat sebelah ada lagi pangkin yang lebih besar dan kawasan lebih luas.


Makanan yang dibawa. Ada yang masak sendiri dan ada yang beli. Mana yang senang je sebab kita nak santai-santai. Ibu bawa roti, sardin dan telur rebus sekali mayonaise dan white pepper. Sapa nak makan baru sapu sendiri.

Piknik sihat katanya 😁

Tuesday, December 10, 2024

Kasi Bakar Sikit πŸ€ͺ


🀣🀣🀣🀣🀣

Bertabah lah ya.. terutama buat ayah.
Kemain happy bila Hari Wilayah 1 Feb, Gombak ikut KL.

So esok silalah bekerja. 

Ibu nak berjimba² πŸ˜…
πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Sunday, December 8, 2024

Ahad Yang Membahang

Pagi tadi ibu hantar Bami ke Klang Sentral. 3 minggu di rumah, sudah sampai masa pulang ke sarang.

Bas gerak on time jam 11.30 pagi. Ada few yang naik kat sini. Nanti penuhlah tu bila tiba di Shah Alam dan TBS.

Jam 11 baru gerak dari rumah. Dalam keretalah baru nak sakit perut. 15 minit sampai, Bami pecut ke toilet dulu. Terpaksalah ibu heret 3 beg dia pergi ke terminal. 


Ibu bekalkan nasi putih, ayam masak cili dan kari udang+buncis+carrot. Malam ni sampai bolehlah Bami makan bila sampai di rumah sewa. Dalam bas nak tidur je katanya.

Keladi goreng untuk breakfast. Automatik teringatkan Wafi yang suka sangat keladi goreng.

Disebabkan hari ni cuaca sangatlah panas, 37c, ibu singgah cuci kereta. Sebulan kereta tak cuci bila asyiklah manjang hujan. Car wash yang biasa ibu pergi tu ada lagi 5 buah kereta tunggu giliran. Terpaksalah ibu ke tempat lain. Terkejut ibu bila bagi duit RM20 pekerja tak pulangkan RM5. Bila tanya duit baki katanya dah naik harga. Makkkaihhh.. kereta sedan je. Rasa tahun ni 2 kali cuci masih RM15. Tak apalah.. lainkali cuci tempat biasa baru RM10. Kot dah naik harga tak tau lah sebab last month masih harga sama.

Dah lah cuaca panas pekerja pula buat kerja dok menyembang. Sesekali bertekak pula sesama mereka. Bila nak siap tu ibu checklah satu². Pintu bahagian dalam tak lap, cermin dalam tak lap.. boot tak vakuum. Haishhh... yang tak bersih tu memang ibu tunjuklah satu².. minta pekerja tu selesaikan dulu. Dah alang² bayar mahal😬. Dah masuk dalam kereta, kat bahagian atas steering tak lap. Arggghh.. malas nak panggil lagi, badan dah berlengas. Sampai rumah ambik wet tissue lap sendiri!

Malam tadi Wafi pesan minta kirimkan kerepek pisang. Mencarilah ibu sampai ke Jalan Paip sana. Mereka goreng sendiri jadi kerepek tu masih fresh. Sebungkus RM10. Ibu beli beberapa bungkus pisang tanduk dan pisang nangka. Rasa nya setiap hari Isnin adalah hari ibu mengepos kiriman Wafi😁. 

Tapi takpe... bila Wafi nak something barulah ibu terima panggilannya. 
Tiap kali ibu cakap rindu Wafi pada Kak Widad.. mesti Kak Widad cakap.. elehhh... kalau jumpa nanti gaduh πŸ˜…πŸ˜…
 

Saturday, December 7, 2024

Ole-ole Dari Jakarta

Macam-macam lah yang Kak Widad dapat sebagai ole-ole dari UPNVJ.
Pemurah betul mereka. Syukur Alhamdulillah.

  • Beg sandang/laptop lengkap dengan USB.
  • Termos
Ini dari Fakultas Ilmu Komputer.

Kak Widad beritahu salah seorang lecturer bagi.
Mula-mula ibu langsung tak tau apa benda ni. Macam coin emas. Jadi guna google image.
Rupanya beginilah bentuk bitcoin. 
Kot dapat yang original memang makcik kaya lah πŸ˜…

Hari Ke-5 : Pulang Ke Malaysia

29/11/2024
CGK - KUL 1015 am

 Siap-siap nak balik dah.


Hamboiii... dia whatsapp cakap taknak balik 😁😁

Jam 6 pagi meninggalkan kampus UPNVJ.

Malam sebelum balik dok risau mengisahkan beg berisi souvenir dari pihak universiti.
14kg untuk satu beg laptop/sandang & luggage sahaja. Ini dah terlebih satu. Nak sumbat dalam luggage pun tak muat dah. Ibu nak add-on luggage rasa tak berbaloi sebab kena bayar RM140.
Jadi Kak Widad gamble je. Kawan-kawan pun sama.

Alhamdulillah boleh bawa naik ke cabin. Kat airport CGK tidak begitu strict atau mungkin beg hijau tu tidaklah berat mana dan saiznya masih boleh diterima.
 

Hari Ke-4 : Kelas - Blok M Square - Kelas & Lawatan Ke Fakultas Ilmu Komputer UPNVJ - Bebek Kaleyo

Hari keempat kelas bermula jam 7-10 pagi mereka ada kelas Konsep Sistem Informasi bersama pelajar kelas D dibawah kendalian pensyarah/dosen Ibu Anita. Mereka belajar tentang E-Commernce antara Malaysia dan Indonesia.


Setiap kumpulan disertai dengan seorang pelajar UNISZA.



Grup Kak Widad sedang buat discussion.
Kak Widad kata umur mereka lagi bawah walaupun sedang ambil degree semester pertama.

Hari Ke-3 : Jalan-jalan Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah Dan Thamrin City)

Hari ketiga Rabu,  27/11/2024 kebetulan merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Serentak, Indonesia. Jadi tiada kuliah dijalankan. Free and easy je lah hari tu.
Kak Widad dan kawan-kawan beserta Dr Sabariah mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Mereka dibantu oleh 2 orang student UPNVJ yang menawarkan diri sebagai tour guide juga pengiring dari UPNVJ.

Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

TMII ni adalah  kawasan taman pelancongan bertemakan budaya Indonesia yang terletak di Jakarta Timur yang memaparkan miniatur pelbagai budaya, seni bina dan kepelbagaian etnik di Indonesia.

Kak Widad beritahu taman wisata ni sangat luas dan bila ibu google ia seluas 147 hektar. Disebabkan terlalu luas mereka cover beberapa bahagian sahaja. Antara yang dilawati muzium, IPTEK, Taman Burung dan Aneka Anjungan.
Sesampai sini mereka menaiki tram dahulu mengelilingi sebahagian taman.

Ibu simpan sini sebahagian gambar yang Kak Widad share.
Disebabkan ibu pun tak pernah sampai Jakarta, bolehlah menyimpan angan-angan 😁


International Student Mobility Program (UNISZA & UPNVJ)

Kak Widad ke Jakarta untuk mengikuti Program Mobiliti Berkredit Secara Fizikal di Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ).
Tempoh program dari 25 - 29 November 2024.

Semester ini ada kelas yang dikendalikan secara online oleh pensyarah dari UPNVJ. Bila ada peluang untuk bersemuka di alam nyata, why not kan pergi jumpa lecturer di sana. Ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan bersama mahasiswa UPNVJ.

Seramai 8 orang pelajar  menyertai Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa. Mereka diiringi oleh dekan,  timbalan dekan dan seorang pensyarah FIK, Dr Sabariah.

Kak Widad, Hannah dan Raven bersama Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Prof. Madya Ts Dr Mohd Khalid Awang dan Dr ada mengajar kelas mereka. 
Mereka bertiga sahaja dari Program Pembangunan Perisian manakala kawan-kawan lain dari program berbeza tetapi masih dibawah Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Raven sama course masa belajar di Poli Sabak Bernam. Jumpa lagi di Unisza.

Penginapan Kak Widad Di UPNVJ

Sesampainya di Bandar Udara Internasional Soekarno-Hatta jam 1500 waktu tempatan, peserta rombongan disambut mesra oleh Bu Elry dan Bu Widya dari UPNVJ. Terus dibawa ke universitas yang memakan masa perjalanan dalam sejam.

Sepanjang berada di Jakarta, Kak Widad dan kawan-kawan lain ditempatkan di rumah tamu universiti yang berada dalam kawasan UPNVJ.
Rumah tamu ni mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan toilet di setiap bilik.

Rumah tamu ini juga tersedia dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Student UPNVJ tinggal menyewa di luar kampus jadi ramai yang menaiki motor.
Tengoklah... siap ada parkir motor bertingkat.
Pertama kali ibu tengok parkir begini dan ianya sangat praktikal.

Ini dinner mereka hari pertama mereka sampai yang disediakan oleh pihak UPNVJ.
1st suapan Kak Widad kata dah sedap.

Petang tu mereka berjalan-jalan di Alfamart yang terletak tidak jauh dari kampus UPNVJ.

Tujuan utama Kak Widad masuk situ nak beli water cleanser ni. Masa kat KLIA2 sudah kena rampas kastam πŸ˜…. Ibu lupa nak pesan tak boleh bawa cecair masuk kabin lebih 100ml. Malam sebelum bertolak memang ibu ada nampak botol tu tapi dah tinggal separuh. Ibu rasa botol 125ml. Ini Kak Widad beli yang smaller size.




Hantar Kak Widad ke KLIA2

Ini cerita minggu lepas 24/11/2024 masa ibu dan Bami hantar Kak Widad ke KLIA2. Hari Isnin ibu ambil cuti kononnya nak rehat-rehat balik dari Singapore. Bila Kak Widad beritahu yang program ke Jakarta akan diteruskan mengikut jadual, maka ibulah kena hantar. Mujur Bami ada buat teman. 

Kelam kabut juga bila program untuk ke Jakarta finalise pada 18/11/2024 dan pelajar akan fly pada 25/11/2024.
Petang Selasa tu lah baru nak book tiket. Ibu try malam tapi tak dapat beli. Macam-macam lah cabarannya. Ada date yang tak keluar bila book guna laptop. Bila guna handphone, RHB pulak tak support. Pagi Rabu jam 4.30 am try book lagi. Takut tiket habis atau harga makin meningkat, kena beli juga. Pejam mata beli return tiket, RM964. Itu pun hanya add-on hand carry 7kg sebanyak RM116 (sehala RM58). Makan dan seat tak beli. 

Bila terus buat web check-in kedua-dua perjalanan, Kak Widad dapat seat window, happy lah dia. Kebetulan pergi-balik pun duduk sama-sama dengan kawan-kawan yang lain juga.
Travel insurance ibu beli dengan agen yang selalu deal.

Pertama kali Kak Widad travel tanpa keluarga. Syahdu juga ibu πŸ˜‰

Kak Widad perlu berkumpul jam 11 am jadi ada lagi 1 jam. Bolehlah makan dulu. Memang dah plan nak makan kat Jollibee berdepan dengan kaunter check-in. Spagheti bolognaise sedap cuma kurang cheese. Kat SG cheesenya tebal. Yang best kat sini ada jus nanas.