Selesailah sudah aktiviti Family Day Shohari Clan pada 21 & 22 Disember 2024. Sepatutnya ia diadakan pada cuti birthday YDPA seperti tahun-tahun lepas (FD 2023 di sini) tapi masa tu kan ummi dan Cik Wada mengerjakan haji. Jadi kita tunda tarikh.
Tahun ni diadakan 2 hari 1 malam je sebab perancangan yang singkat. Tempat yang dipilih pun dekat sahaja iaitu di Villea Hotel, Port Dickson. Seperti biasa T-shirt FD, Cik Wada yang akan uruskan merangkap pengarah FD. Cik Ami in-charge game manakala Cik Cha in-charge makanan. Ibu cam biasa arrange kewangan dan ayah tolong book hotel.
Rata-rata gerak dari rumah jam 7 am. Jadi bolehlah sampai PD jam 9 pagi.
Sebelah Villea Hotel ni ada Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tapi terletak di Melaka.
Jadi hotel ni betul-betul sempadan antara dua negeri.
Pantai paling kiri sekali.
Depan hotel ni betul-betul pantai. Masa ni air pasang. Kalau nak mandi kena jalan sikit ke depan untuk dapatkan pantai yang lebih landai dan bersih. Kat sini mungkin betul-betul tepi tanjung jadi pantainya nampak ada hitam-hitam macam serpihan daun.
Berkelah dahulu sementara menunggu yang lain sampai.
Masing-masing bawa makanan.
Cik Baya bawa roti sosej, Brownies tu Cik Fatin bawa... ehhh.. Cik Wan. Terhuyung-hayang mata brownies tu sebab naik bas. Cik Fatin sudah sampai sehari sebelumnya drive sendiri sebab Cik Wan Jumaat masih kerja.
Cik Cha bawa nasi putih, ayam masak kicap dan telur puyuh sambal.
Cik Biela bawa ungkep daging dari kepala lembu dan tumis kulit lembut + rebung.
Bubur nasi Cik Nora dan udang sambal Cik Wada takde dalam gambar sebab sampai kemudian, masa tu kami sedang makan 😁
Selagi tak habis aktiviti gunalah satu cawan je. Ni kalau tak buat camni 5 kali ambil air, 5 kali lah cawan tukar. Basuh je kat sinki yang ada di situ. Lagipun ibu beli 50 pcs je.
Banyak lah budak-budak ni bawa alat permainan seperti bola sepak, badminton, bola tampar dan softball.
Sementara tunggu Cik Wada sampai jam 11 am, kita rewang tiup belon untuk aktiviti sukaneka.
Lambat guna pam, tiup beberapa kali dah dapat kembang 😂
Santai betul ditiup bayu laut.
Yaya, Kancil aka Nazirah, Dina dan Bella.
Masa ni Cempaka tak sampai lagi.
Wafi dan Kak Widad.
Ada 🦋 datang kat Dina.
Beg angin ni ibu dapat hadiah tukar masa family day sebelum-sebelum ni sampai lupa bila. Teringatkan belum pakai itu yang bawa. Laaaa.... berebut-rebut pula anak-anak buah nak duduk. Kenalah bagi budak-budak kecik.
Kak Widad tukang set-up gambar.
Seronoknya family day....cantik warna t-shirt purple..seragam nampak semua...
ReplyDeletebab cawan tu mmg setuju...kalau tak tulis nama ehhhh sedap je korang ye especially anak2 tu. kekejap ambik cawan baru.
ReplyDelete