Ini pula aktiviti semalam, 4/12/2024 Projek Kaseh Gelandangan yang dianjurkan oleh Bekind Malaysia.
Pergi berdua dengan Hannah.
Masa Kawi mesej ibu nak join aktiviti ni ibu agak skeptikal sedikit. Program plak dijalankan di tengah bandar Klang. Tahu sangat ibu bagaimana kawasan di situ. Ibu bayangkan para sukarelawan akan edarkan bantuan dari satu lorong ke satu lorong. Banyaklah ibu pesan, pergi secara berkumpulan, keep safe distance, elakkan tempat gelap dan sebagainya.
Bila Kawi share gambar..... Alhamdulillah.. mereka buat program ni di tengah-tengah dataran antara Mydin dan stesen bas tempatan dan KL. Centralised kat situ je.
Tapi awassss.... susah nak jumpa warga tempatan bila hari minggu.
Bila habis program, sukarelawan dijamu makanan pula.
Kak Widad kata makanan tak sama dengan yang diberi kepada rakan jalanan.
Jam 11.15 malam Kak Widad sudah sampai rumah.
Ramai gelandangan kat negara kita ni kan. Kesian je tengok.
ReplyDeleteKat bandar besar dan lama pasti akan ada golongan ni.
DeleteAktiviti yg bagus ððŧ
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mana yang dia minat kami support.
DeleteBaguuus nih aktifitas begini ð. Biasanya di JKT juga ada kak. Waktu itu komunitas blogger jakarta mengadakan bagi2 makanan di sekitaran stasiun yg banyak orang tak mampu. Tak harus gelandangan, tp juga pembersih jalan, driver gojek dan siapa saja yg mungkin lapar.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. di mana-mana tempat pasti ada yang prihatin pada yang memerlukan.
Delete