Pages

Wednesday, December 25, 2024

Selangor International Book Fair 2024

Sehari sebelum Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 melabuhkan tirai, sempatlah ibu singgah dari ofis dalam jam 6 petang. PBAS diadakan pada 27 Nov hingga 3 Dis 2024 bertempat di Setia City Convention Centre. Bermakna ibu pergi pada 2 Dis 2024. Uishhh... lama terperap entry ni dalam draft. Lama juga tak pergi pesta buku, rasanya last kat Shah Alam masa anak-anak kecil lagi.

Sebelum masuk hall, tengok banyak kiosk makanan.

Nampaknya ramai yang mahu bergambar dengan pianist Amirul.

Buku motivasi yang dinukilkan dalam bentuk puisi.

Zon Aktiviti Kanak-kanak.

Pempamer lagi ramai dari pengunjung. Mungkin hari bekerja.

Merchandise Kuromi berwarna purple.

Keychain Wafi ibu beli di sini.

Nampak unik dengan corak begini.

Masa ni penganjur umumkan cabutan bertuah.

Booth Terbitan Pelangi.

Lengang bahagian ni. Mungkin sudah hampir masuk waktu Maghrib.

Pemenang akan menerima tunai RM500. Lumayan hadiahnya.

Buku-buku travelog yang ibu beli di reruai Kasi Terbit. Dapat juga 4 keping bookmark.
Buku word search ibu beli di booth lain.

Puan Rohaniah, penulis dan penerbit di Kasi Terbit.

Beliau sedang tandatangan autograf di buku ibu.

"Jangan hilang diri kerana orang yang tak hargai"

Ibu follow FB beliau, Saya Backpacker.

Booth Gempak Starz.
Dulu Bami langgan majalah Lawak Kampus. Dengan ibu sekali layan.


Ambil gambar je tak masuk pun zone situ.

Kat luar dewan pameran disediakan kiosk jualan makanan dan minuman. Kat sini lagi meriah dengan pengunjung.
 

1 comment:

  1. Tahun ni punya PBAKL nak pi la..selalu takde peluang nak pergi..

    ReplyDelete