Tengahari tadi ibu dan ayah hadiri majlis perkahwinan anak Auntie dan Uncle Najib yang berjiran dengan kami.
Uncle Najib ni senior ayah masa di SAS.
Ini baru garden wedding sebab dibuat di dalam kebun/dusun buah-buahan mereka.
Ini baru garden wedding sebab dibuat di dalam kebun/dusun buah-buahan mereka.
Majlis pun sangat private dan santai. Tiada sebarang bunyi muzik. Tetamu dapat berbual dengan bebas.
Bergambar dulu dengan Auntie Lyn.
Tahniah buat Hakim dan Nazrah.
Ibu tertarik dengan kuih-muih yang disediakan. Ada pelbagai tapi ibu ambil yang berkenan sahaja.
Kuih lopes tu lembut, sedap sangat. Begitu juga dengan kuih kaswi. Pisang tanduk dan keladi goreng panas-panas.
Ada juga durian disediakan untuk tetamu di ruangan khas.
Juga appreciation note buat semua yang membantu.
Ditulis secara dwi-bahasa, BM & BI.
Bestnya garden wedding ni. Kuih2 tu favorite semuanya.
ReplyDeleteFamily mereka ni kalau buat majlis memang open begini sebab kawasan laman luas.
DeleteMenariknya konsep wedding macam ni. Lain dari yang lain.
ReplyDeleteBetul tu Cie. Seronoknya bila laman luas.
DeleteMenarik sekali acara weddingnya di ruang terbuka, Mbak.
ReplyDeleteRupanya rambutan itu hasil dari kebun mereka sendiri dan ada juga pohon durian. Sepertinya luas sekali tamannya.
Salam,