Pages

Tuesday, December 17, 2024

Keluarga Hagemaru

Masa Abang Imi dan Kak Widad sekolah rendah kami suka layan kartun Hagemaru.
Keluarga Hagemaru ni sebolehnya akan berjimat sampai kadang-kala tak masuk akal perbuatan mereka.

Kadang-kala ibu akan cuba kaitkan cerita Hagemaru dalam kehidupan.

Bila ada benda yang boleh dijimatkan ibu akan cakap kat anak-anak... kita kan keluarga Hagemaru 😁

Walaupun ramai yang tak berapa suka kartun ni tapi kami seronok menontonnya. 
Mana yang baik kita ambil sebagai tauladan, yang tak elok tu tak payah lah nak ikut.

20 comments:

  1. Yang selalu dalam ingatan kartun Doraemon 🀭

    ReplyDelete
  2. Adoi.. Linda tak suka sebab suka jelir lidah... Lepas tu, kdg2 amik org punya barang sebab nak jimat... Hahaha...tapi, boleh je nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. jelir lidah tu karektor dia πŸ˜‚πŸ˜‚
      Mak dia yang muka baik pun kadang-kadang boleh tahan idea jahatnya 😁

      Delete
  3. Pernah tengok kat Astro Ceria. Cerita ni boleh tahan kasar lawaknya. Dulu tengok Shin Chan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin Chan tak berapa nak tengok sebab pelik muka dia tu 😁

      Delete
  4. Tak perasan pulak kartun ni. Kalau sinchan atau doraemon ya tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Hagemaru tak ada merchandise dia, jadi orang tak berapa nak tahu.

      Delete
  5. Replies
    1. Seronok tu mungkin juga disebabkan sudah dialih suara. Kadang kelakar sebab suaranya tu.

      Delete
  6. Si Hagemaru ni kan boleh tahan mulut dia tu 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kadang nak cili kan je mulut dia tu.

      Delete
  7. setuju dgn PH, mulut hagemaru ni geram je, suara dia pun annoying tp suka jugak la tgk walaupun kekadang x berkenan kt diorang

    ReplyDelete
  8. SA dulu pun suka tengok...siapa la di belakang tabir Hagemaru tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara tu yang membuatkan kita terasa lucu atau geram je.

      Delete
  9. Katun Jepun ni kan, suara2 karektor diorang ni memang auto akan buat terhibur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dengar suara kanak-kanak, yang alih suara tu kadang tengok orang dewasa. Pandai diorang adjust suara.

      Delete
  10. dulu selalu tengok hagemaru ni kat astro ceria.
    haha keluarga diorang ni kedekut tahap kesumat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah... dalam kehidupan sebenar harapnya takde lah orang kedekut gituπŸ˜…

      Delete