Jam 9 pm tadi ibu, ayah dan Wafi gerak ke Tapah. Bami pergi dengan Abang Izzat petang tadi. Esok majlis resepsi Abang Muhammad. Buat di rumah sahaja. Mak² sedara mostly dah sampai semalam dan tengahari tadi. Malahan ada yang on and off datang dari last week sebab nak rewang.
Walaupun ummi ambil katering tapi ada makanan yang nak dimasak sendiri seperti sambal goreng jawa dan sambal tahun.
Aqib, angah dan Iman tolong buang batang cili. Ini nenek nak buat sambal tahun.
Cik Cha bawa segala macam perkakas dapur dari rumah nenek.
Iman dah tak ciwek, dulu dia taknak tidur rumah orang lain kalau takde mama dia.
Ummi dan Dekwan. Apa lah yang nak dimasaknya tu.Family Atuk Usu akan bermalam di homestay berdekatan.
Kemain lagi diorang tayang buah durian baru gugur.. arghhhhh
Ni ritu diorang rewang isi goodies bag.
Sedap betullah lunch diorang tadi, ada masak tempoyak dan sambal bilis petai.
Adik beradik je yang rewang.
Cik Cha memang rajin bab² gini.
Saje je nak emen² kan orang.
Ali dan Iman. Ni mesti diorang kacau kambing² Cik Anuar.
Mujur homestay selang 5 buah rumah je.
Rajinnya Iman tolong potong kentang.
Cempaka dan Dina. Dina takde mood sebab baru bangun tidur.
Sabar ye Dina... makngah otw bawak baju Dina. Pakai baju Cempaka, itu yang nampak peyutš Mama post adik beradik diorang, esok lepas kerja baru gerak ke Tapah.
Anak² sepupu ibu, acik Iwan dah sampai petang tadi. Mereka dari Perlis.. singgah Tapah lepastu balik Klang.
Ada tahlil family malam ni. Ummi order katering tapi ada masak sup kambing.
Ikut google map Insyaallah kami akan sampai jam 11.30 nanti.
Banyak kenderaan malam ni.
Kudap-kudapan dalam perjalanan. Banyak Cik Ana bagi jajan dari Hatyai dan Danok. Bawak semua masuk dalam kereta. Takyah lah nak beli.
Bestnya tradisi rewang masih diamalkan
ReplyDeleteSikit² je masak wak sebab ada katering.
DeleteLama dah family kami takde rewang camni. Syok tu berkumpul ramai2.
ReplyDeleteSementara adik beradik masih muda dan sihat ni bolehlah rewang cie. Akan datang tak tau lagi. Semoga masih diteruskan walau sikit².
Deleteseronoknye, masak sama sama makan sama sama..
ReplyDeleteIa Lady.... seronok sebab boleh gather dengan adik beradik dan saudara mara.
DeleteMerewang mmg seronok ramai2..lagi kalau saudara mara sendiri.. durian baru gugur tu sedapp nya
ReplyDeleteMostly adik beradik je ni TT sebab masak pun 2-3 jenis je.
DeleteDurian tu sedang elok pulak musim gugurnya. Rasa 2nd time gugur tahun ni.
DeleteSeronoknya merewang!
ReplyDeleteRindu sebenarnya dgn tradisi ni tapi jarang dapat sertai dah...
Sedapnya nama, Cempaka. Klasik!
Sebab akak duduk kampung masih ada lagi bila mak² sedara buat kenduri. Ini rumah kakak kat pekan tapi mak masih nak masakkan lauk tambahan itu yang kami tolong.
DeleteBetul... klasik. Nama penuh Indah Cempaka.
Tak dinafikan merewang memang seronok..kalau ada yang melatah dan asyik diusik pun seronok...kami dah x larat dah nak merewang...kebanyakkan kenduri guna catering aje
ReplyDeleteZaman sekarang dah jarang dengar orang melatah SAš
DeleteSementara adik beradik masih semangat nak rewang ni kita onz je. Ini pun hanya masak 2-3 jenis.
ramai AJK seronok merewang kak..
ReplyDeleteAdik beradik je ni Afzan + ada beberapa kawan abang ipar datang tolong.
DeleteSetuju dgn afzan, kalau ajk ramai mmg meriah je rewang, sambil 'membawang' jugak
ReplyDeleteNak berkumpul adik beradik... sambil² tu tangan buat kerja siaplah kerja masaknyaš
DeleteBaru tau kalau di Malay ada rewang juga ya. Kalo di Indonesia, malah taunya dari bahasa jawa dengan arti serupa.
ReplyDeleteSeru sih ya, bergotong royong dalam berbagai hal. Makin memperkuat talinan silaturahmi dan kehangatan bersama.
Kami keturunan Jawa malahan arwah atuk (bapa kepada emak) memang dari Tanah Jawa dan berhijrah ke Tanah Melayu. Cuma kami tidak tahu dari mana susur galurnya. Jadi kami masih menggunakan bahasa Jawa walau tidak sepenuhnya. Ada perkataan Jawa yang biasa kami gunakan dalam tuturkata seharian.
Delete