Pages

Wednesday, December 25, 2024

Kasut ke-4

Sebelum balik rumah ritu Wafi dah pesan kena beli kasut sekolah baru. Kasut dah terkopak kat tapak. Gamaknya kasut tu buat marathon ๐Ÿ™„. Hari ni sempena cuti Krismas, bawa Wafi ke SCM beli sekali keperluan asrama yang lain. Wafi pun dah janji dengan kawan-kawan nak outing sama-sama.

Ini kasut keempat tahun ni. Semua pun beli kat Bata.

Besar je iklan sale 50٪ tapi kasut yang dibeli takde pun diskaun๐Ÿ˜ฌ. Selected item katanya.

Beli sekali sandal untuk prep. Ada 2 design, Wafi berkenan yang ini. Katanya yang satu lagi "awam". Kenapa awam? Ramai yang pakai kat sekolah.. adoiiiii

Ni tengah cuak nak tengok result UASA 2024 yang baru keluar hari ni. Alhamdulillah.. walau Wafi tak berapa happy dengan result kali ini. Mudah-mudahan Wafi akan terus berusaha dan perbaiki mana yang lemah di masa akan datang. 

Dania dah sampai tinggal Syai je. Diorang nak tonton movie Babah jam 3.50 pm. Sempatlah mereka bertiga makan-makan dulu.

Ayah tunggu Wafi outing. Ibu minta Abang Imi ambil di SCM.  Tak terasa nak jalan-jalan maupun shopping di situ.

Sempatlah ibu ayah dating sekejap ๐Ÿ˜Ž

1 comment:

  1. anak dara ammi, ammi baru perasan dia siap jahit kasut kulit dia dengan tangan sbb haritu tersangkut kat mana ntah. terbelah sikit kat bahagian nak sarungkan kaki tu.

    ReplyDelete