Pages

Saturday, December 7, 2024

Hari Ke-5 : Pulang Ke Malaysia

29/11/2024
CGK - KUL 1015 am

 Siap-siap nak balik dah.


Hamboiii... dia whatsapp cakap taknak balik 😁😁

Jam 6 pagi meninggalkan kampus UPNVJ.

Malam sebelum balik dok risau mengisahkan beg berisi souvenir dari pihak universiti.
14kg untuk satu beg laptop/sandang & luggage sahaja. Ini dah terlebih satu. Nak sumbat dalam luggage pun tak muat dah. Ibu nak add-on luggage rasa tak berbaloi sebab kena bayar RM140.
Jadi Kak Widad gamble je. Kawan-kawan pun sama.

Alhamdulillah boleh bawa naik ke cabin. Kat airport CGK tidak begitu strict atau mungkin beg hijau tu tidaklah berat mana dan saiznya masih boleh diterima.
 
Boarding pass dah ready!

Gambar ramai-ramai bersama kakak pengiring UPNVJ yang super awesome dan banyak membantu anak-anak ketika di sana.

Alhamdulillah Kak Widad dan kawan-kawan sampai KLIA jam 13.20 petang.
Nak healing kat KLIA dulu makan-makan dengan kawan-kawan. Juga temankan seorang kawan yang akan ke Kelantan menaiki penerbangan petang. 
Lepas Maghrib lah baru sampai rumah. Siap dah pesan kat Abang Imi untuk ambil pada masa yang ditetapkan. Nak relax-relax katanya.

Balik tu banyaklah cerita yang Kak Widad kongsikan sepanjang berada di Jakarta.
Seronok ibu ayah mendengarnya. Tu kalau boleh nak pergi sana lagi lawat kawan-kawan nanti. 
Boleh je Kawi.. nanti-nanti boleh pergi..😍

Adoiii... asyiklah cakap makanan kat sana sedap. 
Kawi pun dah tersuka jus alpokat, juga semangka... haaaa.. kan ibu dah bilang jus kat sana lain macam ori nya. Sedap dan mesti cuba.

Jangan bagi ibu terliur dik.... takut ibu beli tiket weekend terbang ke sana plak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

 

2 comments:

  1. Tuuhhh kaaaan. Kakak ke jakarta lah, saya ajak jalan2 nanti. Tapi jangan mendadak pula hahahahaha.

    Amboooi jawabannya Krn tak ada yg masak kalo kak widad tak balik yaa πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. one fine day akan sampai ke Jakarta juga.
      ekekeke.... ibu dah senang-lenang bila Kak Widad ada di rumah πŸ˜†

      Delete