Pages

Saturday, December 7, 2024

Hari Ke-4 : Kelas - Blok M Square - Kelas & Lawatan Ke Fakultas Ilmu Komputer UPNVJ - Bebek Kaleyo

Hari keempat kelas bermula jam 7-10 pagi mereka ada kelas Konsep Sistem Informasi bersama pelajar kelas D dibawah kendalian pensyarah/dosen Ibu Anita. Mereka belajar tentang E-Commernce antara Malaysia dan Indonesia.


Setiap kumpulan disertai dengan seorang pelajar UNISZA.



Grup Kak Widad sedang buat discussion.
Kak Widad kata umur mereka lagi bawah walaupun sedang ambil degree semester pertama.

Pembentangan dari setiap kumpulan.



Habis dah kelas pagi tu, petang ada kelas lain pula.

Selepas selesai kelas, mereka beli makanan di cafe (nasi ayam geprek) then makan ramai-ramai di guest house.
Jam 1 selesai solat zohor dan asar, Kakak Fitri pengiring dari UPNVJ mengajak mereka ke Blok M Square. Sempat lagi  mereka nak shopping ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia.
-
Kak Widad kat macet/jammed jalan nak ke Blok M Square tu. Jarak lebih kurang 10km sahaja nak ke shopping mall tu. Mereka ambil grab untuk ke sana.

Blok M Square

Konon nak cari fridge magnet tapi melilau jugalah. Jumpa kat 1 kedai je.

Roti rasanya yang Kak Widad tunjuk ni.

Masa nak balik tu mereka terpaksa naik MRT sebab jalan macet. Kelam kabut lah diorang ni sebab masa tu dah jam 3 pm dan kelas akan bermula jam 3.30 pm. Mujur lah sempat sampai sebelum kelas bermula.

Jam 3.30 pm kuliah Cloud Computing 


Mereka berlapan sahajalah dalam kelas sebab kelas Cloud Computing ni lah yang mereka belajar secara online dengan lecturer UPNVJ. Kali ni dapat bersemuka dengan lecturer.

Habis dah kelas di UPNVJ.

Jam 5 selepas selesai kelas, pelajar dibawa ke Fakultas Ilmu Komputeran untuk mengambil gambar kenangan.


Raven mewakili kawan-kawan lain menerima cenderahati dari Ketua Jabatan FIK.



Bersama Ketua Jabatan FIK, pensyarah dan Kak Fitri pengiring mereka. 

Selepas itu mereka pusing pusing sekitar kampus untuk kali terakhir.



Antara gambar yang sempat dirakam sebelum balik ke rumah tamu untuk berehat dan keluar semula selepas solat Maghrib.

Malam terakhir Kak Widad dan kawan² dibawa ke rumah makan Bebek Kaleyo. Ia pasti tempat yang istimewa untuk menjamu selera.



Hidangan malam terakhir.

Nampak hidangannya simple namun Kak Widad kata sedap, juicy, lembut dan secukup rasa.

Disebabkan mereka sampai lewat, main entrance dah tutup jadi kena pusing jalan lain untuk masuk ke rumah tamu.

Seperti biasa, pagi sebelum keluar rumah, Kawi hantar laporan dulu 😁 

2 comments:

  1. Wah sempat jalan-jalan ke Blok M Square ya Kak Widad...
    Dijamin trafik macet menjelang Blok M Square...
    Saya sudah lama sekali tak lagi ke Blok M Square. Dulu sering kesana tujuannya mencari kaset-kaset musik karena waktu itu disana ada music store yang lengkap koleksinya.

    Bebek Kaliyo? Ah ini dijamin lezat rasanya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia pak.. Alhamdulillah sempat dibawa jalan-jalan. Bolehlah lihat-lihat kota Jakarta.
      Aduhh.. siap dijamin macet ya... tapi dari duduk sahaja di rumah tamu merasalah mereka ke Blok M Square tu.
      Bila saya baca review, ramai yang menyatakan perkara sama tentang Bebek Kaliyo tu.
      Suatu hari nanti harap saya pun dapat merasainya juga.

      Delete