Pages

Wednesday, December 25, 2024

Family Day 2024 - Banana Boat Ride

Lepas check-in dan rehat-rehat, kami mak-mak naik banana boat lepastu nak mandi laut. Boat ada di pantai bahagian depan. Jalan lah kaki sikit. Deal dulu dengan yang jaga bot. Untuk naik banana boat seorang RM20 dan boleh naik seramai 8 orang.

Kami bertujuh je yang akan naik sambil mengimbau kisah pertama kali naik banana boat semasa family day di Pangkor 14 tahun lepas. Pasti tak dapat dilupakan bila Cik Nora tenggelam selepas banana boat diterbalikkan.

Cik Ami, Cik Baya, Cik Nora, Cik Fatin, Cik Elis, ibu dan Cik Wada.

Cik Cha dan Cik Biela tak boleh join.


Disebabkan petang tu air surut, maka kami kena berjalan ke arah boat. Adoiii... jauh juga lah kena mengharung lautan ekekeke...

Dah namanya pun adik beradik, nak pilih life jacket pun berebut 😂

Kalau tak berebut tak meriah!

Cantik cuaca petang tu. Nampak tak panas, tapi kalau dah duduk tepi laut terbakar jugalah kulit muka dan kulit-kulit lain 😁


Simpanlah kenangan begini bersama siblings.

Banana boat ride ni diorang bawa 1 km je. Ikutlah arahan penunjuk boat samada ke kiri dan kanan badan kita. Kat tengah laut tu (actually tepi je lah) boat akan digolekkan. Penunjuk boat arahkan kami lepas kan tangan. Memang terjatuhlah kami dalam air tapi sebab dah bersedia kali ni takde lah rasa panik sangat. 

Satu masalah pulak nak naik semula atas boat. Terpaksalah adik penunjuk bot tu tarik kami naik atas. Adoiii... kasihan... rasanya dia pun nak pengsan tarik kami sorang-sorang😁

Yaaaayyyyy... misi banana boat ride berjaya.

Thank you adik-adik mengembalikan nostalgia😍

Nak ke daratan kena lah mandi laut dulu. 

Syiokkk sangat. Bolehlah tunjuk skil berenang.

Jernih air laut kat sini.

Pasir laut yang halus.

Sebelum kami naik, anak-anak buah pulak nak naik banana boat.

Alma dan Wafi.

Umur 12 tahun ke atas je boleh naik.
Yang layak hanya Alma, Wafi, Aqil, Abang Imi, Abang Izzat dan Aiman.

Pertama kali buat Wafi manakala Abang Imi dah pernah naik.

Mereka digolekkan ke tempat cetek je.. patutlah kami nampak diorang boleh berdiri jejak tanah.
Ni kalau kat tengah laut jenuh juga nak tarik Abang Izzat naik atas banana boat tu,

Bila nak bayar tu kami minta diskaun. sepatutnya kena caj RM140 tapi mereka beri diskaun RM20.
Ok lah tu... kami cakap kena jalan jauh 😂


1 comment:

  1. mujur abg banana boat tu perlu tarik akak2 yang slim2 je semua. kalau size XXL lagi pengsan dia

    ReplyDelete