Pages

Saturday, December 7, 2024

Ole-ole Dari Jakarta

Macam-macam lah yang Kak Widad dapat sebagai ole-ole dari UPNVJ.
Pemurah betul mereka. Syukur Alhamdulillah.

  • Beg sandang/laptop lengkap dengan USB.
  • Termos
Ini dari Fakultas Ilmu Komputer.

Kak Widad beritahu salah seorang lecturer bagi.
Mula-mula ibu langsung tak tau apa benda ni. Macam coin emas. Jadi guna google image.
Rupanya beginilah bentuk bitcoin. 
Kot dapat yang original memang makcik kaya lah 😅

Pie susu pelbagai perisa, khas dari Lembang.
Ibu google Lembang ni satu daerah di Bandung.

Ini pula Lapis Bogor perisa talas/keladi dan cokopandan.

Cantik packaging nya.

Lapis cocopandan macam ni lah rupanya. Ibu bawa ke ofis sebab di rumah tak luak.
Rezeki kawan-kawan ibu. Semua kata sedap.

Ini pula ole-ole yang Kak Widad belikan untuk kami. 
  • Blouse 
  • Baju batik
  • Mukena travel
  • Coin pouch
  • Fridge magnet
  • Beng Beng Chocolate Caramel Wafer dan Chitato chips tu kawan-kawan UPNVJ yang suggest.
Kak Widad belikan FM ni untuk makcik-makcik dia.
 

6 comments:

  1. Wahh banyaknya souvenir!
    Kuih2 tu pun nampak sedap. Yg mcm serbuk2 atas kuih lapis tu cheese ke?

    Saya kalau pergi bandung teringin nak cari bandung makuta yg laudya cynthia bella pernah jadi ambassador tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... cheese atasnya tu.
      Terus akak search Bandung makuta tu apa. Tak pernah tau pula.. Nampak sedap plak.

      Delete
  2. wah..Kak Widad pun travel rupanya...rindunya Jakarta...lama dah x kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pernah sampai lagi SA. Teringin nak pergi tapi entahlah bila. Banyak sangat list tapi masanya nak kena plan betul-betul.

      Delete
  3. Wah, banyaknya oleh-oleh! Macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka banyak plak dapat dari UPNVJ. Rezeki diorang yang ke sana.
      Dah pesan beli apa yang dia nak je tapi nak jugalah belikan untuk yang lain.

      Delete