Pages

Sunday, December 8, 2024

Ahad Yang Membahang

Pagi tadi ibu hantar Bami ke Klang Sentral. 3 minggu di rumah, sudah sampai masa pulang ke sarang.

Bas gerak on time jam 11.30 pagi. Ada few yang naik kat sini. Nanti penuhlah tu bila tiba di Shah Alam dan TBS.

Jam 11 baru gerak dari rumah. Dalam keretalah baru nak sakit perut. 15 minit sampai, Bami pecut ke toilet dulu. Terpaksalah ibu heret 3 beg dia pergi ke terminal. 


Ibu bekalkan nasi putih, ayam masak cili dan kari udang+buncis+carrot. Malam ni sampai bolehlah Bami makan bila sampai di rumah sewa. Dalam bas nak tidur je katanya.

Keladi goreng untuk breakfast. Automatik teringatkan Wafi yang suka sangat keladi goreng.

Disebabkan hari ni cuaca sangatlah panas, 37c, ibu singgah cuci kereta. Sebulan kereta tak cuci bila asyiklah manjang hujan. Car wash yang biasa ibu pergi tu ada lagi 5 buah kereta tunggu giliran. Terpaksalah ibu ke tempat lain. Terkejut ibu bila bagi duit RM20 pekerja tak pulangkan RM5. Bila tanya duit baki katanya dah naik harga. Makkkaihhh.. kereta sedan je. Rasa tahun ni 2 kali cuci masih RM15. Tak apalah.. lainkali cuci tempat biasa baru RM10. Kot dah naik harga tak tau lah sebab last month masih harga sama.

Dah lah cuaca panas pekerja pula buat kerja dok menyembang. Sesekali bertekak pula sesama mereka. Bila nak siap tu ibu checklah satu². Pintu bahagian dalam tak lap, cermin dalam tak lap.. boot tak vakuum. Haishhh... yang tak bersih tu memang ibu tunjuklah satu².. minta pekerja tu selesaikan dulu. Dah alang² bayar mahal😬. Dah masuk dalam kereta, kat bahagian atas steering tak lap. Arggghh.. malas nak panggil lagi, badan dah berlengas. Sampai rumah ambik wet tissue lap sendiri!

Malam tadi Wafi pesan minta kirimkan kerepek pisang. Mencarilah ibu sampai ke Jalan Paip sana. Mereka goreng sendiri jadi kerepek tu masih fresh. Sebungkus RM10. Ibu beli beberapa bungkus pisang tanduk dan pisang nangka. Rasa nya setiap hari Isnin adalah hari ibu mengepos kiriman Wafi😁. 

Tapi takpe... bila Wafi nak something barulah ibu terima panggilannya. 
Tiap kali ibu cakap rindu Wafi pada Kak Widad.. mesti Kak Widad cakap.. elehhh... kalau jumpa nanti gaduh πŸ˜…πŸ˜…
 

19 comments:

  1. Aisssh kali mahal asal kerja mereka btul saat cuci kereta tak apa. Ini dah mahal, banyak pula yg lupa dilap πŸ˜”. Memang buat emosi yg begini.

    Itulah hubungan ibu anak kan. Deket ribut, jauh rindu 🀣. Sama macam saya dengan mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis main letak harga itu yang geram. Price list memang tak display.
      ehehe... ibu dan anak masing-masing kuat merajuk 😁

      Delete
  2. Terliur tengok Kari udang tu Kak...
    Nanti nak try cari keladi goreng, tak pernah makan rasanya.
    Eh RM20 tu kat SG dah boleh basuh MPV huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma udang tu kecut pulak sebab beli yang frozen.
      Try goreng keladi sendiri PH, jadi tak adalah tebal dan makan panas-panas. Cicah sambal kicap.
      Itulah.. RM20 kan biasanya untuk MPV.

      Delete
  3. semoga selamat semuanya... ameeennnnn

    ReplyDelete
  4. betul semalam panas membahang dan hari ni, Isnin hujan sepanjang hari , semoga baik-baik semuanya, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah tak menentu kembali cuacanya kan Kak Ana... siang terik.. bila petang hujan plak.

      Delete
  5. Ya ada hari2 panas sangat. Bila hujan....tak berhenti pula hujannya. Nak basuh kereta juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rimas juga bila bawa kereta berdebu-debu kan..

      Delete
    2. Ya betul.....sekali nak basuh....hujan pulak turun....

      Delete
  6. 2-3 hari ni hujan je..rindu plak cuaca panas..tapi Sabtu lepas panas terik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca tak menentu.. bila panas terik sangat nak cuaca sejuk pulak.

      Delete
  7. Hari sabtu ahad haritu mmng panas... saya duduk kt ruang tamu pun rasa nk mencair je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk rumah memang terasa perubahan cuaca. Kat ofis relax je.. hujan ke panas tetaplah sama πŸ˜…

      Delete
  8. Keladi goreng sedapnya, lama tak makan. Betul sama di sini ada beberapa tempat cuci kereta dah naik harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat gerai-gerai banyak orang jual pisang goreng tapi keladi atau keledek tak banyak sangat. Mungkin ramai yang kurang berminat.
      Mungkin kenaikan untuk menampung permintaan kenaikan gaji tapi haraplah terkawal.

      Delete
  9. Keladi goreng!
    Rindunya nak makan keladi. Oh, cepatlah cuti, nak balik kampung. Nak cabut keladi tanaman di kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kalau yang tanam sendiri mesti lagi "pulen" keladinya.
      Batangnya ditumis pedas kak... nyummeh

      Delete