Pages

Saturday, December 7, 2024

International Student Mobility Program (UNISZA & UPNVJ)

Kak Widad ke Jakarta untuk mengikuti Program Mobiliti Berkredit Secara Fizikal di Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ).
Tempoh program dari 25 - 29 November 2024.

Semester ini ada kelas yang dikendalikan secara online oleh pensyarah dari UPNVJ. Bila ada peluang untuk bersemuka di alam nyata, why not kan pergi jumpa lecturer di sana. Ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan bersama mahasiswa UPNVJ.

Seramai 8 orang pelajar  menyertai Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa. Mereka diiringi oleh dekan,  timbalan dekan dan seorang pensyarah FIK, Dr Sabariah.

Kak Widad, Hannah dan Raven bersama Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Prof. Madya Ts Dr Mohd Khalid Awang dan Dr ada mengajar kelas mereka. 
Mereka bertiga sahaja dari Program Pembangunan Perisian manakala kawan-kawan lain dari program berbeza tetapi masih dibawah Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Raven sama course masa belajar di Poli Sabak Bernam. Jumpa lagi di Unisza.

Berbaju maroon adalah Timbalan Dekan FIK, Dr Wan Suryani Awang.

Group photo sebelum turun ke balai pelepasan.

Hari kedua dimulakan dengan Majlis Menandatangani MoU  antara FIK UNISZA dan Fakultas Ilmu Komputer (FIK) UPNVJ.

Kak Widad serahkan cenderahati buat salah seorang lecturernya. 
Disebabkan last minute Kawi beritahu, ibu belikan perfume dan fridge magnet ketika di Singapore. Beli untuk 2 orang lecturer yang mengajar. Tak sempat beli kat Malaysia sebab ibu sampai rumah Isnin 12.30 am, hari yang sama Kawi nak ke Jakarta. Masa sampai kat KLIA2 pula tak sempat nak cari.
 
Patutnya Kawi bawa few sets untuk diberi kepada kawan² satu grup. Ibu pun tak terfikir sebab itinerary Kawi dapat bila dah sampai di UPNVJ. 

Hannah yang suggest bawa something. Dia bawa patung anak penyu maskot Terengganu. 

Habis taklimat, para pelajar dibawa melawat ke perpustakaan UPNVJ untuk melihat fasiliti-fasiliti pembelajaran yang disediakan untuk para mahasiswa/i di sana. Dr Sabariah juga berpeluang menyampaikan lecture kepada para mahasiswa/i tahun satu di FIK UPNVJ.

Selepas makan tengah hari, para peserta berpeluang untuk menyertai kelas ‘programming’ daripada pensyarah/dosen Pak Rio. Pada sebelah petangnya, para peserta dibawa bertemu dengan ahli-ahli Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Informatik (BEMFIK) untuk bertukar pandangan tentang perbezaan sistem pembelajaran, kebudayaan, dan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi di tempat masing-masing. 

Setiap hari Kak Widad share makanan kat sana.

Ini sarapan mereka di hari kedua, Nasi Uduk.

Tengahari pula makan Mi Ayam.
Best seller kat kafe mereka.
Ibu tengok pun sedap, tak pernah lagi makan Mi Ayam.

Disebabkan cafe penuh, jadi mereka dibenarkan makan dalam bilik meeting.

Makan malam mereka cari di luar kampus. Walking distance je, banyak gerai-gerai jual makanan.

Tapau dan makan di rumah tamu.

Nampak macam nasi goreng.
Kemain banyak macam tu pun mereka boleh habis 😁.
Kak Widad kata kat sana mereka senang lapar dan makanannya menepati citarasa mereka.

Jalan sekitar kampus.

Bergambar sebelum tinggalkan rumah tamu untuk ke kuliah.

2 comments:

  1. Hahahahha memang banyak porsi makanan yg food street ini kak. Saya pun kadang tak bisa habis. Kakak kalo ke JKT bagitahulah saya. Nanti saya ajak jalan2 di sekitaran jakarta ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak muda yang sedang membesar bolehlah habiskan porsi yang banyak tu 😁
      Insyaallah.. nak juga pergi sana sebab tak pernah sampai lagi.

      Delete