Pages

Saturday, December 7, 2024

Hari Ke-3 : Jalan-jalan Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah Dan Thamrin City)

Hari ketiga Rabu,  27/11/2024 kebetulan merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Serentak, Indonesia. Jadi tiada kuliah dijalankan. Free and easy je lah hari tu.
Kak Widad dan kawan-kawan beserta Dr Sabariah mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Mereka dibantu oleh 2 orang student UPNVJ yang menawarkan diri sebagai tour guide juga pengiring dari UPNVJ.

Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

TMII ni adalah  kawasan taman pelancongan bertemakan budaya Indonesia yang terletak di Jakarta Timur yang memaparkan miniatur pelbagai budaya, seni bina dan kepelbagaian etnik di Indonesia.

Kak Widad beritahu taman wisata ni sangat luas dan bila ibu google ia seluas 147 hektar. Disebabkan terlalu luas mereka cover beberapa bahagian sahaja. Antara yang dilawati muzium, IPTEK, Taman Burung dan Aneka Anjungan.
Sesampai sini mereka menaiki tram dahulu mengelilingi sebahagian taman.

Ibu simpan sini sebahagian gambar yang Kak Widad share.
Disebabkan ibu pun tak pernah sampai Jakarta, bolehlah menyimpan angan-angan 😁




Muzium.









Keluar dari muzium mereka ke Anjungan Daerah/Rumah Adat yang berdekatan sahaja.

Anjungan Bali



Tak sure ini monumen apa tapi nampak seperti panggung terbuka.

Anjungan Daerah Jambi.




Anjungan Daerah Papua.

Tak semua Anjungan Daerah yang mereka lawati disebabkan perlu menepati masa yang telah ditetapka.
Mereka ada 4 jam (10.30 am - 2.30 pm) sahaja untuk lawatan di TMII.

In between lawatan tu, mereka berehat untuk makan tengahari.
Lunch disediakan juga oleh pihak UPNVJ. 
Kak Widad kata nasi berlaukkan daging. Sedap sangat daging tu, juicy. 
Untuk Raven & Shru mereka belikan lauk ayam.

Berkelah bawah pokok.

Ambil peluang menaiki cable car dalam TMII.

Istana Anak-anak Indonesia (IAAI) yang diambil dari cable car.
Macam dalam cerita fairy tale.

google image
Nampak besar betul bahagian istana anak-anak ni.

Tasik kat bawah tu dan ada pulau-pulau buatan yang membentuk peta Indonesia.

Taman Burung Jagat Satwa Nusantara.
Mereka lalu sahaja kawasan ni, tak sempat nak masuk.


Dalam TMII pun ada Pusat Peragaan IPTEK ataupun Pusat Sains dan Teknologi.

Kak Widad beritahu untuk ada bayaran masuk setiap pusat tapi untuk masuk ke Anjungan Daerah tidak dikenakan bayaran.

Kedai souvenir. Kak Widad tak beli kat sini sebab acara seterusnya nak ke Thamrin City jadi mungkin akan beli di sana. Malangnya tak jumpa masa ke Thamrin City.

Ibu rasa TMII ini sangat sesuai untuk dilawati. Dalam tu banyak tempat boleh diteroka. Mungkin kena ambil masa seharian.

Thamrin City

Dari Taman Mini Indonesia Indah mereka dibawa ke Thamrin City, sebuah gedung membeli belah. Perjalanan dari TMII ke Thamrin City dalam 1 jam.


Ramai orang, mungkin juga sebab public holiday.



Tak sure Kawi belikan ayah baju batik di sini atau tempat lain.

Besar nya shopping mall ni.

Di Thamrin City mereka diberikan 2 jam untuk membeli-belah.

Kemain... kat Jakarta makan mi goreng ya.
Kawi kata teringin sebab nampak sedap.

Ni gambar sebelum keluar berjalan-jalan.
Sempat lagi bagi report.


 

2 comments:

  1. Saya dah hampir 20 tahun di JKT kak, sekalipuuuuun saya belum datang ke TMII 🤣🤣🤣🤣. Tuh lah, padahal jauh sangat juga tak. Sama2 jakarta timur. Waktu kak Retna anak-anak DTG, dia ada ke TMII ini. Memang sebaiknya seharian kalo kesana.

    Di tambah jakarta jammed teruk, JD kalo 2 tempat yg beda arah, susah memang. Habis masa di jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah... orang tempatan kadangnya kurang keinginan untuk ke tempat sendiri sebab macam rasa bila-bila pun boleh pergi, tapi tak pergi-pergi pun 😂😂😂
      Baca dah dalam blog Retna masuk TMII tu... boleh masuk dalam list ni.
      Banyak gak baca Jakarta jammed teruk.. memang kena plan betul-betul kalau nak berjalan di sana.

      Delete