Pages

Saturday, December 7, 2024

Penginapan Kak Widad Di UPNVJ

Sesampainya di Bandar Udara Internasional Soekarno-Hatta jam 1500 waktu tempatan, peserta rombongan disambut mesra oleh Bu Elry dan Bu Widya dari UPNVJ. Terus dibawa ke universitas yang memakan masa perjalanan dalam sejam.

Sepanjang berada di Jakarta, Kak Widad dan kawan-kawan lain ditempatkan di rumah tamu universiti yang berada dalam kawasan UPNVJ.
Rumah tamu ni mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan toilet di setiap bilik.

Rumah tamu ini juga tersedia dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Student UPNVJ tinggal menyewa di luar kampus jadi ramai yang menaiki motor.
Tengoklah... siap ada parkir motor bertingkat.
Pertama kali ibu tengok parkir begini dan ianya sangat praktikal.

Ini dinner mereka hari pertama mereka sampai yang disediakan oleh pihak UPNVJ.
1st suapan Kak Widad kata dah sedap.

Petang tu mereka berjalan-jalan di Alfamart yang terletak tidak jauh dari kampus UPNVJ.

Tujuan utama Kak Widad masuk situ nak beli water cleanser ni. Masa kat KLIA2 sudah kena rampas kastam 😅. Ibu lupa nak pesan tak boleh bawa cecair masuk kabin lebih 100ml. Malam sebelum bertolak memang ibu ada nampak botol tu tapi dah tinggal separuh. Ibu rasa botol 125ml. Ini Kak Widad beli yang smaller size.




8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. selesa sepanjang menginap di sana.

      Delete
  2. Hahahahah tak boleh memang kak. Walaupun isi dah setengah, tp yg mereka lihat botolnya. JD tetap akan di buang. Saya Waktu itu tak sadar ada kebawa Cetaphil 125ml. Langsung dibuang Ama mereka 🤣🤣. Terpaksa beli juga di destinasi

    Lumayan lah yaa rumah tamunya. Yg penting lokasi dekat dengan kampus dan dengan supermarket dan tempat makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. diorang tengok isipadu kat botol.. patut tukar ke botol lain yang lebih kecil bila travel. Baiklah.. noted.

      Alhamdulillah.. penginapan disediakan UPNVJ dalam kampus dan dekat dengan kemudahan lain.

      Delete
  3. Cantik dan besar rumah tamunya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. selesa semuanya. Sebelum pergi akak dok bayangkan mereka akan duduk hostel. Rupanya kat UPNVJ tu pelajar menyewa di luar kampus sahaja. Tak ada kolej penginapan. Yang ada rumah tamu untuk tetamu sahaja.

      Delete
  4. Saya baru tahu kalau UPN memiliki rumah tamu yang bagus seperti begini Mbak.
    Semoga Kak Widad betah kuliah di UPN.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bapak sendiri yang baru tahu, kawan-kawan kuliah UPNVJ Kak Widad pun baru tahu juga tentang rumah tamu. Ini kerana mereka semua duduk menyewa atau tinggal di rumah sendiri.

      Delete