Alhamdulillah... hari ni Wafi dah balik. Rasanya macam paling lama tak jumpa Wafi selepas hantar awal bulan 11. Bila dihitung, 47 hari. Patutlah asyik terkenang² je. Bila Wafi call rasa nak gomol² je.
Masuk je kereta layan handphone. Lama tak pegang, rindulah tu. Alhamdulillah handphone Wafi telah dipulangkan semula. Sebulan selepas kejadian kecurian.
Selamatlah duit ibu ayahπ€²
Ayah belikan air Tealive. Semalam dah pesan nak Strawberry Smoothies tapi tak ada lah pulak.. tukar Matcha with bubbles.
Cooler bag Squid Game tu baru rasanya sempena SG season 2 berharga RM5.
Balik kerja ibu belikan Nachos, topping daging. 2 minggu lepas beli RM10, hari ni beli RM12 π¬π¬
Ole2 untuk Wafi yang baru sempat diberi. Tumbler Typo Snoopy beli di JPO, pocket mirror dan keychain dari Singapore, Bukittinggi dan Selangor International Book Fair.
Mr Hyppo dah ada kawan.
Esok Abang Imi pulak balik bercuti sempena cuti Hari Krismas. Seminggu duduk rumah dan ada kelas online.
Lengkaplah keluarga kita nanti.
Insyaallah Sabtu dan Ahad ni Shohari Clan ada Family Day di Port Dickson.
Beruntungnya wafi
ReplyDeleteAlhamdulillah, seng ragil wak π
DeleteAlhamdulillah Wafi sudah slmt tiba di rumah. Juga Alhamdulillah telefon yg hilang dapat semula… bagus yg mengambilnya berani pulangkan semula π€π
ReplyDeleteKawan² Wafi jadi Detektif Conan π
DeleteAlhamdulillah. Ammi petang nanti isnyaallah lengkaplah kami ber5. Kyra pun kalaulah kami tak jenguk dia di Segamat hujung bulan lepas mungkin lebih kurang ni jugaklah tempoh tak berjumpa sbb last hantar balik 2/11 kan?
ReplyDeleteBetul tu Ammi.. hantar 2/11
DeleteAda PB yang Wafi balik rumah tokwan sebab 2 hari je.
manja la anak mummy sorang ni ye. bahagia dia memacam menunggu dia ye.
ReplyDeleteHehe... lama tak jumpa dia kak. Asyiklah dok teringat.
DeleteMeriah lah nanti rumah masing-masing dah berkumpul.
ReplyDeleteMeriah sebab abang dan adik akan bergaduh² tu nanti.
Deleteaiii cepatnya naik harga nachos tu? baru 2 minggu naik RM2 ye? kena marah ni!
ReplyDeletedone follow sini! D
Itu lah... mungkin ada diberitahu dalam page mereka. Akak pun tak tau harga kat tempat lain berapa.
DeleteSenangnya wafi dah baliiiik. Maniiis sangat macam biasa senyumannya yaa π€π. Anak skr suka pasang keychain boneka seperti itu. Sama dengan anak saya. Asalkan bukan labubu, , saya izinkan π€£
ReplyDeleteTerus akak google apa itu Labubu π
DeletePhone Wafi kena curi kemudian orang tu pulang balik?. Alhamdulilah.....sangat rare bab pulangkan balik tu.
ReplyDeleteSebulan juga Ezna, itu pun sekolah dah buat sportcheck, laporan polis dan siasatan dalaman. Wafi dan kawan-kawan pun ada jadi detektif conan dan bila dah jumpa siapa yang ambil terus buat laporan kepada guru yang berkenaan. Itu yang dapat balik.
DeleteYeay dah complete family.....enjoy ye....
ReplyDeleteaah.. dah complete.. tapi biasalah bila dah bertiga gawat dok mengadu sana-sini π
Delete