Ini cerita minggu lepas 24/11/2024 masa ibu dan Bami hantar Kak Widad ke KLIA2. Hari Isnin ibu ambil cuti kononnya nak rehat-rehat balik dari Singapore. Bila Kak Widad beritahu yang program ke Jakarta akan diteruskan mengikut jadual, maka ibulah kena hantar. Mujur Bami ada buat teman.
Kelam kabut juga bila program untuk ke Jakarta finalise pada 18/11/2024 dan pelajar akan fly pada 25/11/2024.
Petang Selasa tu lah baru nak book tiket. Ibu try malam tapi tak dapat beli. Macam-macam lah cabarannya. Ada date yang tak keluar bila book guna laptop. Bila guna handphone, RHB pulak tak support. Pagi Rabu jam 4.30 am try book lagi. Takut tiket habis atau harga makin meningkat, kena beli juga. Pejam mata beli return tiket, RM964. Itu pun hanya add-on hand carry 7kg sebanyak RM116 (sehala RM58). Makan dan seat tak beli.
Bila terus buat web check-in kedua-dua perjalanan, Kak Widad dapat seat window, happy lah dia. Kebetulan pergi-balik pun duduk sama-sama dengan kawan-kawan yang lain juga.
Travel insurance ibu beli dengan agen yang selalu deal.
Kak Widad perlu berkumpul jam 11 am jadi ada lagi 1 jam. Bolehlah makan dulu. Memang dah plan nak makan kat Jollibee berdepan dengan kaunter check-in. Spagheti bolognaise sedap cuma kurang cheese. Kat SG cheesenya tebal. Yang best kat sini ada jus nanas.
Bertiga dengan Abang Imi.
Hurmm.... kat dalam toilet pun boleh selfie lagi.
Pagi tu kan Kawi bangun jam 4.30 am. Boleh pulak dia masak-masak lagi. Terkejut ibu bangun tidur dan ada makanan atas meja. Ada nasi goreng, kubis goreng, ayam masak kicap dan cekodok pisang. Kawi kata terbangun awal tak tau nak buat apa.
Adehhh... ibu kan kalau nak berjalan dah tak ingat nak buat kerja apa2 ðð
Pelajar dapat memo 28/10/2024 dan tarikh tutup sehari je.
Kawi minta izin untuk pergi.
Bagi ibu ini peluang terbaik yang tak boleh dilepaskan. So Kawi cepat-cepat register.
Kak Widad pergi renew sendiri passport di UTC Shah Alam. Ibu hanya bagi panduan. Nak buat online takut lambat jadi walk in je. Jam 5.30 pagi drive sendiri ke Shah Alam.
Waaah kak widad ke JKT yaa. Tadi saya confused juga upnvj university di mana. Ternyata di Cilandak Jakarta selatan. Jauuuuh dari tempat saya di jakarta timur. Pantas tak tahu tempatnya . Jadi ini kerjasama antar fakultas ya kak?
ReplyDeleteBetul tu Fanny.. kerjasama antara Unisza dan UPNVJ.
DeleteJakarta luas betul ye sehingga dibahagikan kepada Jakarta timur, barat, utara dan selatan. Malahan ada puluhan universitas di Jakarta sendiri.
Ah senangnya Kak Widad mengikuti program ini Mbak.
ReplyDeleteSemoga setidaknya perjalanan studi Kak Widad memberikan gambaran positif tentang keadaan disini.
Salam,
Itu lah antara tujuan program mobiliti ini dijalankan agar dapat melihat cara pembelajaran di sana dan bertukar-tukar pandangan.
Delete