Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor adik beradik ibu cadang untuk breakfast picnic. Kita cari tempat yang paling dekat dengan rumah je. Dragonfly Park di Eco Grandeur lah yang paling senang. Kebetulan pagi tu cuaca cerah.
Jam 7 am ibu dah sampai taman, book dulu pangkin berhampiran kawasan permainan. Letak beg makanan atas tu.
Lepas tu ibu briskwalk 3 kali pusingan tasik sementara tunggu yang lain sampai.
Bila ibu kembali ke pangkin... alamak... macamana pulak ada orang lain sedang piknik kat situ... musykil.. padahal sudah letak barang.
Tidak mengapalah... kat sebelah ada lagi pangkin yang lebih besar dan kawasan lebih luas.
Piknik sihat katanya 😁
Cantik cuaca pagi tu.
Acara makan, bermain dan sembang santai.
Main badminton. Angin pulak banyak, asyik dok menolak je bulu tangkis tu. Bolehlah salahkan angin bila tak dapat pukul 😂
Iman pandai main badminton. Aksi dia tu menggeramkan makngah je. Dapatlah makngah main sekejap beregu dengan angah Amsyar lawan Iman yang beregu dengan Firas.
Makan kenyang-kenyang tengahari balik dah boleh rehat terus.
Special ni... nenek bawa ubi kari.
Taman ni memang sesuai untuk berpiknik.. pokok-pokok masih rendang. Kawasan bersih terjaga. Kemudahan toilet yang lengkap dan bersih.
Ain dan Cik Elis.
Drama Queen lah budak ni.
Pandai mereka berdua ni main rollerblade.
Pagi-pagi makan sate. Sate tu ibu bawa balance malam sebelumnya. Beli sampai 40 cucuk, lupa plak kat rumah tinggal 3 orang je.
Almost jam 12 tengahari tapi masih duduk-duduk sebab cuaca nyaman walau cerah ada matahari. Angin pulak sepoi-sepoi sampai ada yang ngantuk dibuatnya.
Wah, bestnya.
ReplyDeleteSelangor cuti.
Daulat Tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.
Bulan December mewah sikit cutinya.. tambahan bila kena clear leave.
DeleteAamiin.. semoga Tuanku sultan sentiasa sihat.
Seronok nya picnic ramai2. Juadah pun sedap2 semuanya.
ReplyDeleteBerkumpul dengan family sentiasa dinanti-nantikan.
DeleteButterfly Park, Eco Grandeur kann? 🤭
ReplyDeleteDragonfly Park dlm Eco Ardence? Ker saya yg keliru 😇
Tapi kedua-dua tempat cantik, menarik, selesa dan dikelilingi perumahan mewah elit
Apapun terbaik manafaatkan cuti bersama-sama keluarga Puan walaupun tak cukup korum 👍👍
ekeke.. type salah tempat. Terima kasih menegur 🥰
DeleteDragonfly Park kat Eco Grandeur.
Kami penduduk kampung mendapat tempias kejiranan mewah. Dapatlah guna kemudahan yang disediakan.
Meriahnya makanan ya....buah rambutan pun ada ya....
ReplyDelete