Pages

Friday, December 27, 2024

Rewang Rumah Ummi

Jam 9 pm tadi ibu, ayah dan Wafi gerak ke Tapah. Bami pergi dengan Abang Izzat petang tadi. Esok majlis resepsi Abang Muhammad. Buat di rumah sahaja. Mak² sedara mostly dah sampai semalam dan tengahari tadi. Malahan ada yang on and off datang dari last week sebab nak rewang.

Walaupun ummi ambil katering tapi ada makanan yang nak dimasak sendiri seperti sambal goreng jawa dan sambal tahun.

Aqib, angah dan Iman tolong buang batang cili. Ini nenek nak buat sambal tahun.

Cik Cha bawa segala macam perkakas dapur dari rumah nenek.

Iman dah tak ciwek, dulu dia taknak tidur rumah orang lain kalau takde mama dia.

Ummi dan Dekwan. Apa lah yang nak dimasaknya tu.

Wednesday, December 25, 2024

Family Day 2024 - Makan Tengahari Di Ayam Bakar Station, PD

Sebelum balik kami makan tengahari dulu di Ayam Bakar Station. Cik Ami suggest makan di sini. Dekat je dengan Villea Hotel. Ibu ayah pernah sekali makan masa tu Cik Baya lah yang suggest.

Yang dah lapar makan nasi campur.
Air segelas RM3 tapi boleh lah refill sebanyak mana kita nak.

Set ayam bakar madu signature dish di sini berharga RM14.
Order 22 set.
Ayam dia memang besar sebab ada 2 portion.
Perapan ayam dah sedap secukup rasa namun bila makan dengan sambal cili tu rasa pedas lah pulak.

Semua dah kenyang... bolehlah gerak balik ke destinasi masing-masing.
Makan tengahari untuk semua berharga RM483.50

Ada yang sampai rumah seawal jam 3.30 pm.
Kami banyak tempat singgah, jadi almost jam 6.30 baru sampai.

Alhamdulillah.. berakhir cerita Family Day 24.
Insyaallah jumpa lagi tahun 2025.

Banyak dah tulis entry hari ni.
Ini mau cuti menulis seminggu rasanya 😅.
Bolehlah blogwalking pula.

Family Day 2024 - Mandi Kolam

Ada lah beberapa keping gambar anak-anak mandi kolam. Sabtu petang lepas sukaneka mereka terus turun mandi. Ahad pagi bangun tidur je dah minta mandi kolam.

Blok E yang paling dekat dengan swimming pool.
Aparment kami di blok ini.




Kolam dewasa.

Bella dan Nana.



Sampai geseng dak Cempaka ni mandi.
Pelampung tu pinjam hotel punya.

Nanti lah jumpa gambar lain ibu masukkan.

Jam 12 tengahari check-out.

Family Day 2024 - Sarapan Pagi

Sarapan hotel disediakan dari jam 7 - 10 pagi.
7.30 am kami turun.

Mak-mak lah yang akan turun makan. Nak cukupkan 12 orang tambah ayah dan Cik Zie. Disebabkan Firas dan Angah pun nak ikut jadi kena bayar kanak-kanak, RM30++

Pilihan makanan banyak seperti nasi lemak, mi goreng, lontong, bubur, nasi impit, rendang ayam, capati, roti, pau dan beberapa makanan lain yang ibu tak sempat tengok. Juga segala jenis kuih-muih dan buah-buahan. Dari segi pilihan memang varieties.

Ini je yang ibu makan.

Croissant.

Half boiled egg. Ada juga omellete, ibu minta ayah sikit.

Mi goreng dan rendang bagi ibu rasa masin.

Lempeng dengan sambal sardin ni sedap.

Ini je lah yang ibu makan. Tak terasa nak makan banyak pula.

Sambil makan discuss pula untuk family day tahun depan. Insyaallah akan diadakan pada cuti birthday YDPA. Lagi 6 bulan lebih. Balik dari PD terus book dan bayar deposit. Setel, tak perlu fikir lagi dah. Pengarah pun dah ada.

Lepas makan, naik bilik kemas apa yang patut.

Kak Widad jadi babysitter sepanjang berada di PD. Sukalah tu layan adik sepupu kecik. 

Cik Cha goreng nugget di tepi padang buat sarapan anak-anak.



Pagi Ahad tu hujan renyai-renyai.
Patutlah malas je masing-masing nak bangun tidur, sejuk je pagi.

Family Day 2024 - Penyampaian Hadiah Sukaneka, Tukar Hadiah dan Hadiah Nenek

Malam lepas solat dan dinner, acara penyampaian hadiah sukaneka, tukar hadiah dan pemberiah hadiah nenek.

Kumpulkan hadiah dulu.

Hamper sukaneka dan cabutan bertuah sponsored by Cik Wada.

Ruang luas yang selesa untuk semua berkumpul.

Malam tema hijau, baju FD tahun lepas.
Yang outstanding pakai baju merah tu Wafi sebab baju hijau dia tinggal kat rumah tokwan.

Pemenang sukaneka kanak-kanak.
Semua pun dapat hadiah yang sama. Cuma ada no 1  & 2 untuk memupuk semangat bersaing.

Grup 2 dapat tempat ketiga.

Grup 1 di tempat kedua...
Ni Aqil dengan Zara tak masuk dalam gambar.

Grup 3 juara..
Kasi chance lah nenek menang 😁
Mana boleh lawan!

Untuk tukar-tukar hadiah, kali ni temanya "toilettries".

Cik Cha dapat hadiah ibu.
Kali ni ibu beri Sweet Aroma Diffuser dari Young Living.
Lari lah sikit dari tema 😁

Sebab orang last kan.. jadi ibu dapat hadiah Cik Cha.
Sama gak orang terakhir jadi tukar berdua antara Cik Man dan ayah.

Hadiah Wafi kepada Yummy.

Wafi dapat dari Nazirah.

Bami dapat dari Denin tapi Wafi lah wakil sebab Denin kan kat Hatyai.

Hadiah Bami beri pada Amira.

Untuk anak-anak ibu belikan The Botanic Lemon Verbena body wash dan Cherry Blossom hair mist dari The Face Shop, Singapore. Masa tu kan ada year end sale.

Kak Widad pula dapat dari Firas. Mana entah gambarnya.

Nenek kena mekap-mekap sebab nak terima hadiah sempena hari jadi yang ke 75 tahun pada 25//12/2024

Ibu hadiahkan sepasang blouse.

Extra gift dari Cik Wada dan Cik Elis.

Selesai dah aktiviti malam.

Bila dah sampai rumah, masing-masing tunjuk hadiah yang diterima.

Ini hadiah keluarga kami dapat.






Yang lain tak ingat siapa yang share.

Alhamdulillah... masing-masing happy dengan hadiah yang diterima.
Bukan nilai yang dijadikan ukuran tapi keikhlasan yang lebih diutamakan.