Pages

Thursday, November 6, 2025

Osaka, Japan 2025 : Bande Hotel, Namba

Dari Maruhan Mall tu berjalan dalam 15 minit.
Penat juga menyeret kaki.. maklumlah.. sampai jam 6.45 pagi (5.45 pagi waktu Malaysia) belum rehat lagi. Jalan.. jalan dan jalan.

5.15 pm sampai hotel terus check-in dan ambil bag yang ditinggalkan di receptionist pagi tadi.
Bilik berempat jadi ibu, nenek, Nenek Ina dan Cik Elis sebilik.
Cik Fatin sebilik dengan geng bujang. Satu lagi bilik untuk geng family.

Ibu cop katil bawah hehe..
Pandai-pandai lah Nenek Ina dan Cik Elis panjat katil. Dulu mereka tak duduk asrama... jadi... nahhhh rasaiiiinnnn panjat katil 😁

Sepanjang tepi dinding ni letak beg.

Ingatkan ada guest tertinggal handphone, rupanya itu telefon hotel.

Mini fridge.

Ibu sukalah toilet kat Japan ni. Semuanya gini. Bidet terpasang terus jadi lantai tak akan basah. Cuma masa nak mencuci tu kena adjust bahagian yang nak dicuci.
Pelapik tandas yang kita duduk tu boleh adjust temperature. Di sesetengah toilet siap ada buttton privacy untuk dengar music. Yang itu ibu jumpa di USJ. Tempat lain tak sempat nak study hehe..

Kurus je bilik tandas ni.
Satu lagi yang ibu perasan, di setiap public toilet yang ibu pergi pasti disediakan toilet tissue yang banyak. Bersusun-susun.

Kanan sinki ni ada lah pintu ke bilik air.

Setiap hari towel bertukar walau kita tak minta housekeeping. Staff letak dalam plastik dan gantung di tombol pintu.

Temperature dan pressure air kuat. Puas dapat mandi.

Gel mandian, shampoo dan conditioner.
Seperti biasa ibu bawa je dari rumah.

Susun beg tepi dinding.

Microwave dan oven di level lain.

Boleh makan di sini.

Ear plug, berus gigi+ubat gigi, cawan dan gelas ada disediakan berdekatan reception.

Tiada water dispenser. Kalau nak masak air, kettle boleh pinjam di reception. Malam tu juga kami ambil di receptionist dan pulangkan pada hari terakhir.

Brochure... semua dalam Bahasa Jepun.

Bilik reception. Pintu lift sebelah kanan tu.

Washer dan dryer juga ada tapi tak guna sebab baju yang dibawa cukup.

Buang sampah di situ. Biasa pun sampah kering je.

Bilik kami di level 2 sahaja. Sama level dengan reception.

Telah diberi peringatan jam 10 malam kena senyap.
Memang sunyi lah tempat ni walau tepi jalan. Cuma hari terakhir dengar bunyi siren ambulan je. Mungkin hari lain tidur mati 😆

Hari pertama sampai di depan Bande Hotel.

Lepas bersihkan diri keluar kan segala makanan.
Nahhhh.... macam nak bagi makan sekampung 😁
Ada roti, RTE nasi, wrap, tuna, jajan-jajan, kopi 3 in 1. Kicap pun ada hahhahah

Gelak besar kami bila tengok makanan ni. Sorang bawa sikit bila tengok tepuk dahi.
Takpe.... biar lebih jangan sampai kelaparan.

Malam tu kami makan buah, mi segera, roti dan wrap je. Bancuh kopi 3 in 1.
Tak larat lah nak berjalan cari makanan kat luar. Ini pun sudah cukup.

Cik Fatin post ni.. kawan tour guide yang duduk sini bagi. Murah tu bila dah potong harga. Beli di Supermarket Tamade yang tidak jauh dari hotel.

Langkah hari pertama.
Patutlah penat.

Lepas makan tidur awal.
Ibu jam 8.30 malam dah tidur.
Kalau kat Malaysia jam 7.30 mana nak tidur lagi hehe...

Masuk waktu solat cepat di sini.

6.30 pm dah Isyak
Subuh 4.45 dah masuk waktu.


 

10 comments:

  1. Replies
    1. Best wak... wak boleh bawak wak wedok gi sana, hanimun.

      Delete
  2. Perghhh 15k steps tu Kak...
    Kalau dekat hotel, makan gitu pun sedap lain macam. Sebab tu anak⁴ Sy suka sungguh bawa megi cup kalau nak stay hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membayangkannya je dah seram.. yang menyeret kaki ni.. astaghfirullah 😃
      Megi cup bila makan kat luar terasa sedap betul.. kalau kat rumah nak masaknya kena bubuh macam-macam.

      Delete
  3. Wow! 11 KM jalan kaki. Memang terlebih gaya hidup sihat ni. Pandai pihak hotel maksimakan penggunaan ruang hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak gantung kaki kak... bila nengok tangga kat train station mengucap dulu. Bila nampak eskalator semua pakat laju jalan.
      Hotel nampak kecil tapi cukup semuanya.
      Berus gigi letak kat luar pun pengunjung behave ambil secukupnya.

      Delete
  4. bestnya 15k steps...banyak la lemak2 terbakar ni kak...mak ai..habis x semua makanan tu..ke kena bawak balik Malaysia gak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit je bawa balik semula macam roti 2-3 bungkus, wrap dan sebungkus RTE nasi goreng.

      Delete
  5. sampai sekarang tak reti pakai tandas duduk.. memang kampung betul..hahaha...lagi2 kalau paip bidet tinggal pancut je, lagi la.. mau tak berak seminggu gini.. sembelit terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perumahan sekarang kan semuanya tandas duduk Linda. Renovate tandas terus ya. Bidet pancut tu pertama kali guna kat Pasar Seni. Terpancut² mula² tu. Sekarang dah pandai adjust.
      Linda kena biasakan diri juga sebab kat KLIA banyak guna bidet pancut.

      Delete