Torii merah ialah gerbang tradisional Jepun yang menandakan pintu masuk ke kawasan suci Shinto. Warna merah melambangkan perlindungan daripada roh jahat dan membawa tuah serta kesucian.
Peta kawasan Fushini Inari Shrine
Di penghujungnya akan bertemu jua.
Pada tiang-tiang torii merah, terdapat tulisan kanji yang biasanya menunjukkan nama penderma dan tarikh sumbangan mereka. Setiap torii dibina hasil derma individu atau syarikat sebagai tanda penghormatan dan doa untuk rezeki serta keberuntungan.
Stone lantern atau tōrō yang terdapat di Fushimi Inari Shrine ialah antara elemen tradisional penting dalam seni bina kuil Shinto di Jepun. Lantern batu ini berfungsi sebagai penerang jalan suci (senbontorii path) yang menghubungkan pintu masuk kuil hingga ke puncak Gunung Inari.
Setiap lantern biasanya diperbuat daripada batu granit dan mempunyai ukiran halus dengan bentuk yang melambangkan unsur kesucian dan pencerahan rohani. Banyak di antaranya disumbangkan oleh penyembah atau perniagaan sebagai tanda penghormatan dan harapan untuk keberkatan serta kejayaan.
Apabila malam menjelang, cahaya dari lantern-lantern ini mencipta suasana tenang, sakral dan mistik, menonjolkan keindahan laluan torii merah yang terkenal di Fushimi Inari Shrine.
Nenek, Nenek Ina dan Cik Fatin taknak naik.
Hanya duduk di bawah je sambil melihat² kedai souvenir.
Terus lah menuju ke van, ingatkan yang lain dah sampai rupanya mereka take a leisure time.
Pemandu van jenis penumpang dah masuk baru hidupkan engine. Aishhh... berpeluh² juga walau cuaca agak dingin. Maklumlah jauh juga menapak naik dan turun.





















Kena cuci muka banyak2 la air tu nak bagi cantik 😁
ReplyDeletekihkih.. masalahnya air yang keluar tu lahaiiii... ciput je.. jenuh nak nunggu penuh kat tapak tangan.
DeleteCantik bergambar dekat sini..
ReplyDeleteMenyerlah warna tiang² tu, nmpk cantik dlm gambar.
Betul.. betul... nampak menyerlah warna tiangnya.
Deletedriver nak jimatkan petrol tu..agaknya petrol dorang mahal sangat kot...hihihi
ReplyDeleteMungkinlah... kat sana semuanya kena utilise betul-betul bahanapi.
Deletecantik2 gambar kat sini..suka gambar akak kat beauty water tu....basuh muka terus la kak...glowing muka...
ReplyDeleteTepek-tepek sikit je sebab air yang keluar pun ciput je.. nak tunggu penuh tapak tangan karang jenuh orang lain menunggu.
DeleteMemang lawa sangat bila bergambar kat tiang ni!
ReplyDeleteWarna tiang tu yang buatkan gambar terserlah.
DeleteCantik-cantik gambarnya. Cantik menawan model-modelnya.
ReplyDelete