Pages

Tuesday, November 11, 2025

Osaka, Japan 2025 : Fushimi Inari Shrine, Kyoto

Fushimi Inari Shrine di Kyoto terkenal dengan ribuan torii merah yang membentuk laluan menuju Gunung Inari, didedikasikan kepada dewa pertanian dan rezeki, Inari Okami.

Torii merah ialah gerbang tradisional Jepun yang menandakan pintu masuk ke kawasan suci Shinto. Warna merah melambangkan perlindungan daripada roh jahat dan membawa tuah serta kesucian.

Fushimi Inari Shrine <Checked>



Peta kawasan Fushini Inari Shrine



Dari depan nampak kosong je tiang² ni.

Kena ambil gambar terbalik baru nampak tulisan.

Tiang² ni besar mesti penderma bagi banyak.

Pilihlah jalan mana nak masuk kanan atau kiri.
Di penghujungnya akan bertemu jua.



Why me soooo booolaaat😆

Pada tiang-tiang torii merah, terdapat tulisan kanji yang biasanya menunjukkan nama penderma dan tarikh sumbangan mereka. Setiap torii dibina hasil derma individu atau syarikat sebagai tanda penghormatan dan doa untuk rezeki serta keberuntungan.


"Beauty water" katanya dari mata air. Pelawat boleh apply kat muka untuk mendapatkan kulit yang cantik.



Stone lantern atau tōrō yang terdapat di Fushimi Inari Shrine ialah antara elemen tradisional penting dalam seni bina kuil Shinto di Jepun. Lantern batu ini berfungsi sebagai penerang jalan suci (senbontorii path) yang menghubungkan pintu masuk kuil hingga ke puncak Gunung Inari.

Setiap lantern biasanya diperbuat daripada batu granit dan mempunyai ukiran halus dengan bentuk yang melambangkan unsur kesucian dan pencerahan rohani. Banyak di antaranya disumbangkan oleh penyembah atau perniagaan sebagai tanda penghormatan dan harapan untuk keberkatan serta kejayaan.

Apabila malam menjelang, cahaya dari lantern-lantern ini mencipta suasana tenang, sakral dan mistik, menonjolkan keindahan laluan torii merah yang terkenal di Fushimi Inari Shrine.

Last picture berdua.

Nenek, Nenek Ina dan Cik Fatin taknak naik.
Hanya duduk di bawah je sambil melihat² kedai souvenir.

Terus lah menuju ke van, ingatkan yang lain dah sampai rupanya mereka take a leisure time.
Pemandu van jenis penumpang dah masuk baru hidupkan engine. Aishhh... berpeluh² juga walau cuaca agak dingin. Maklumlah jauh juga menapak naik dan turun.

11 comments:

  1. Kena cuci muka banyak2 la air tu nak bagi cantik 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. masalahnya air yang keluar tu lahaiiii... ciput je.. jenuh nak nunggu penuh kat tapak tangan.

      Delete
  2. Cantik bergambar dekat sini..
    Menyerlah warna tiang² tu, nmpk cantik dlm gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. betul... nampak menyerlah warna tiangnya.

      Delete
  3. driver nak jimatkan petrol tu..agaknya petrol dorang mahal sangat kot...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah... kat sana semuanya kena utilise betul-betul bahanapi.

      Delete
  4. cantik2 gambar kat sini..suka gambar akak kat beauty water tu....basuh muka terus la kak...glowing muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepek-tepek sikit je sebab air yang keluar pun ciput je.. nak tunggu penuh tapak tangan karang jenuh orang lain menunggu.

      Delete
  5. Memang lawa sangat bila bergambar kat tiang ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna tiang tu yang buatkan gambar terserlah.

      Delete
  6. Cantik-cantik gambarnya. Cantik menawan model-modelnya.

    ReplyDelete