Day 2️⃣ : 18.10.2025 Saturday
07:50 : at lobby
08:00 : Tour Nara
10.30 : Tour Kyoto-Lunch & Solat
16.30 : Go home
Free & easy
Sebelum tidur tour guide share jadual hari ke-2.
Seawal jam 4.30 pagi masing-masing sudah bangun. Semua dapat rehat yang cukup sebab tidur pun awal.
Ibu bawa 6 sachet je kopi jadi tak cukup pula pada malam terakhir. 1 sachet buat 2 cawan.
Tak jumpa kopi 3 in 1 kat Japan.
Mungkin awal lagi jadi tak ramai orang lalu lalang.
Di Jepun, tol tanpa berhenti menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection), yang membolehkan kenderaan melepasi tol tanpa perlu berhenti untuk membayar.
Hari ni akan ke Nara dulu dan jarak dari Osaka dalam 1 jam pemanduan.
Kedudukan Osaka - Nara - Kyoto
Ini pakej yang kami ambil.
Ada juga pakej yang ke Kobe.
Dalam perjalanan ibu ambil beberapa keping gambar.
Di Jepun, tol tanpa berhenti menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection), yang membolehkan kenderaan melepasi tol tanpa perlu berhenti untuk membayar.
Nara Deer Park, yang terletak di Nara, merupakan salah satu taman tertua dan paling terkenal di negara ini. Taman ini menjadi rumah kepada lebih 1,000 ekor rusa liar yang dianggap suci dan utusan para dewa dalam kepercayaan Shinto. Rusa di sini jinak serta bebas berkeliaran di sekitar taman dan kuil bersejarah seperti Tōdai-ji dan Kasuga Taisha. Pelawat boleh membeli “shika senbei”, biskut khas untuk memberi makan kepada rusa, sambil menikmati keindahan alam dan warisan budaya. Nara Deer Park melambangkan keharmonian antara manusia, haiwan, dan alam semula jadi Jepun.
Nenek suka lah melayan.
Tiba-tiba seekor rusa menggigit tepi peha ibu. Arghhhh terkejut lah.
Tu yang bila 3 ekor rusa ni datang ibu takut sikit.
Masa ni ibu pegang biskut rusa.
Bila Cik Elis share gambar ni kat grup family katanya macam RAWIWA ngam-ngam 3 ekor nak minta suap 😁
Dah sapa suruh pegang je biskut tu!
Masa ni ada seekor rusa juga mahu melintas sama tapi lampu merah dia jalan je.
Kereta yang lalu kena berhenti.
Dia pun nak interprem.
Dibuka pada tahun 1895, menampilkan seni dan budaya Jepun purba, terutamanya dari Kuil Tōdai-ji.
Berbotol-botol Cik Fatin beli air mineral Evian kat sini. Murah katanya.
Walaupun berhati-hati dengan "bom jangka" ada juga yang terpijak 😎
Jom gerak ke van semula.
Nampak sign ni dalam toilet.
Musim mating rupanya.
Tapi takkan lah ibu kelihatan seperti rusa betina sampai kena gigit 😂
Shika senbei / biskut khas untuk rusa berharga ¥200/pack
Perkataan “shika” bermaksud rusa, dan “senbei” bermaksud biskut beras. Ia diperbuat daripada tepung gandum dan dedak, tanpa bahan kimia atau gula, supaya selamat dimakan oleh rusa
Kat sini pun si rusa ikut Nenek Ina.
Ibu tak jumpa pulak sebab tak ada dalam vending machine.
Ini Paris Edition sebab depan dan belakang botol ada gambar Eiffel Tower.
Lepas ni kita ke Kyoto pula.








































.jpg)









ada lagi public phone kat sana kan , seronok tengok Rawiwa makan angin Osaka , Alhamdulillah
ReplyDeletePokok² dekat sana macam orangnya juga, kurus² 😁
ReplyDeleteJinak sangat pun saya takut juga Kak, asyik mengekor risau!
Hati2 dengan rusa jantan.
ReplyDelete