Pages

Sunday, November 16, 2025

Osaka, Japan 2025 : Penerbangan Pulang KIX - SGN - KUL

Vietnam Airlines sudah sedia bawa kami pulang... connecting flight ke Saigon (Ho Chi Minh) dulu baru pulang ke KUL.

Selagi belum keluar dari Japan, jom lah tengok-tengok apa yang ada di terminal ini.

TG pesan kalau nak beli coklat sedap boleh ambil coklat Royce ni. 
Kotak coklat ni sahaja yang Liquor Free. 
Juga Royce Potato Chip Chocolate.

Ibu belikan dompet Hello Kitty ni buat Wafi. Limited sale in Japan katanya.

Setiap kali kita beli kat kedai duty free airport, mereka akan minta passport kita untuk di imbas.



Osaka - Ho Chi Minh City
Departure (Kansai International Airport, T1) : 10.00 am
Arrival (Tan Son Nhat International Airport, T2) : 13.20 pm

Perjalanan 5 jam 20 minit.



Ada inflight entertainment.

Sedap mix nuts ni.

Inflight MOML yang diberi Nasi + daging + cauliflower, vege salad, chicken salad, roti + butter dan coklat bar.

Flight besar, 3+3+3

Sempat ibu layan movie Vietnam. Senang sebab ada sari kata in BI walau takde suara. Malas ibu nak pasang-pasang earphone kat telinga. Rimas huhu... Kalau tengok filem omputeh memang kena pakai earphone unless nak baca sarikata dalam bahasa Vietnam😆 . 


Sampai di bumi Ho Chi Minh pula.

Turun dari flight terus ke connecting kaunter untuk check-in ke Kuala Lumpur pula.

Solat kat sini.. ni seat kat hujung berdekatan tandas.

Satu lagi kat sini dapat signal pula padahal roaming kat Japan. Ke sebab dah roaming, signal bersambung walau berada di negara lain.

Ibu bawa duit Dong balance masa gi Dalat. Shopping sikit kat sini.

Pupposely nak beli kopi ni.

Flight delay satu jam ke KL.

VA bagi kacang dan air mineral, 7 Up dan Pepsi. Pilihlah mana nak. Ibu tak minum, bawa balik bagi ayah.

Krew VA bagi percuma check-in luggage yang dibawa masuk cabin. Sebelum tu kan hanya 1 luggage 23kg je boleh check-in. Mungkin flight tak penuh. Haahh... memang bagus sangat, tak payah lah nak angkut lagi.

Nenek dan tour guide, Ciqsuq.

Adik-adik yang rajin melayan nenek.

Dalam bas menuju ke flight VA.

Seat 2 baris dari depan, premium katanya.

Ho Chi Minh City - Kuala Lumpur
Departure (Tan Son Nihat International Airport, T2) : 17.00 pm
Arrival (Kuala Lumpur t International Airport, T1) : 19.00 pm

Perjalanan 2 jam.





Snek berupa pasta daging, pisang dan seketul roti beserta butter.

Nikmat betul petang-petang dapat minum kopi.

Touch down KLIA 8 malam.
Sambung jalan nak ambil luggage.



Kena sidai masa nak ambil luggage. Luggage bercampur dengan 3 flight yang lain atas conveyor. 
Payung tu memang nak bawa balik. Boleh je nak tinggalkan. Kat Malaysia pakai untuk hari hujan je lah.. nak pakai masa panas see through pula 😁

Ibu minta Cik Awie ambil jam 9.30 malam. 
Sampai rumah jam 10.45 pm

Alhamdulillah selamat sampai semuanya.

Maka berakhir sudah cerita JJJ.

Pakej yang kami ambil cuma diawalkan sehari, mujur masih suit dengan jadual kerja ibu.

Entry trip jalan-jalan ibu jadi panjang sebab ibu cuba masukkan semua gambar. Rasa setiap keping gambar ada ceritanya. Namun ada jugalah yang tersimpan.

Dah boleh move on...
Kita ke cerita lain pula 😅

20 comments:

  1. Steady jew nenek. Jalan-jalan sihat tubuh badan kan.
    Wassalam JJJ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sihat² nenek pergi dan balik..
      Sayonara Japan😆

      Delete
  2. sronok jln2 jepun tu...tringin juga nk pegi...stakat ni br mkn kt restoran jepun amik feel dlu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ambil feel dulu ya.. jap lagi boleh book tiket 😘

      Delete
  3. Alhamdulillah selamat mendarat. Seronok nenek dapat JJJ.
    Lepas ni ke mana pulak Kak? Hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiiii... seremmmm... belum fikir lagi. Bagi bertenang dulu hehehe

      Delete
  4. MOML tu Muslim Meals kan?. Pernah nampak code MOML kat makanan kami masa naik Eva Air. Sah sah dalam flight dihidangkan pork....naik Eva Air sebab nak rasa vibe Hello Kitty dalam flight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... Muslim Meal.
      Biasa FA akan hidang MOML dulu kat penumpang diikuti vegetarian.
      Bila difikir balik... kalau duduk dekat yg non muslim dan FA hidang pork.. adehh.. camne lah eh bau kita duduh sebelah.. cam ngeri je.
      Auchh.. mesti comel ada vibe HK. Akk terus google.. makaihhh... berapa banyak lah syarikat Sanrio melabur untuk collab dengan EA. Cute sungguh.

      Delete
    2. Ya sangat comel Hello Kitty x Eva Air tu. Luar dalam flight + airport semua ada Hello Kitty. http://www.eznakhalili.com/2014/06/hello-kitty-jet-eva-air-pengalaman.html

      Masa duduk tu sebab kami bertiga jadi tempat duduk tu tak ada orang lain. Kalau tidak memang sebelah je lah kalau dia makan pork.

      Delete
    3. Dah baca pasal Hello Kitty.... sambung terus baca entry jalan² USA tu... menarik².
      One fine day nak jejak juga lah, Insyaallah.
      16 jam ya journey.. hurm😅😅😅

      Delete
  5. Pakage tour tu murah tak termasuk tiket kapal terbang ke. Bila lah ahkak dapat pi jepun. Wishlist juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk tiket flight kak.. akak cuba riki² FB Adilareza Travel. Dia kerap buat open trip. Saya pergi ke Dalat dan Japan dengan agensi ni. So far puas hati. Cuma jumlah hari tak banyaklah sebab saya cari trip yang singkat je.

      Delete
  6. Ohh ke Jepun rupanya transit kat Vietnam. Yelah kan, selagi ada waktu kita habiskan sebaiknya sebelum balik Malaysia. Seronoknya dapat JJJ dengan family members.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada flight direct KL-Tokyo/Osaka tapi trip kami ada transit sebab tiket lagi murah. Merasalah angin Vietnam😅. Lagi satu ada juga pilihan naik Philippines Airlines. Menarik juga tu, boleh sampai Philippine sekejap. Apapun terpulang pada travel agency nak arrange macamana. Akak baca yang pergi sendiri ramai ambil direct fligt je.

      Delete
  7. Agaknya lepas Japan ni nenek nak kemana plak ye...seronok SA tengok nenek..teringat arwah nenek SA, mak kepada PZ...macam nenek la..sanagt aktif..meninggal lama dah Pneumonia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kalau diajak mana-mana ok je.. tapi yang nak mengajak ni tengah fasa bertenang dulu hehe...
      oo arwah nenek SA pun jenis aktif ya.. duduk kampung kot ada je benda nak dikerjakan.

      Delete
  8. Samaa kak. Saya kalau menonton drama atau movie yg ada subtitle, tak payah pakai suara. Cukup lihat layar dan baca subtitle. Kecuali memang tak ada subtitle atau movie/drama dlm Indonesian baru pakai suara. Suami heran kadang, kok bisa menikmati tanpa dengar suara 😂.

    Bagi saya yg penting paham mereka bicara apa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya rimas kan sebab kalau pakai earphone suara tu betul² kat telinga😂😂

      Delete
  9. bagus bawak duit dong tu, dapat beli kopi vietnam. alhamdulillah, smooth segala perjalanan. yg penting nenek pun happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah tau nak transit situ jadi bolehlah ngopi-ngopi dan beli kopi.
      Alhamdulillah dapat memenuhi permintaan nenek.

      Delete