Pages

Sunday, November 16, 2025

Osaka, Japan 2025 : Penerbangan Pulang KIX - SGN - KUL

Vietnam Airlines sudah sedia bawa kami pulang... connecting flight ke Saigon (Ho Chi Minh) dulu baru pulang ke KUL.

Selagi belum keluar dari Japan, jom lah tengok-tengok apa yang ada di terminal ini.

TG pesan kalau nak beli coklat sedap boleh ambil coklat Royce ni. 
Kotak coklat ni sahaja yang Liquor Free. 
Juga Royce Potato Chip Chocolate.

Ibu belikan dompet Hello Kitty ni buat Wafi. Limited sale in Japan katanya.

Setiap kali kita beli kat kedai duty free airport, mereka akan minta passport kita untuk di imbas.



Osaka - Ho Chi Minh City
Departure (Kansai International Airport, T1) : 10.00 am
Arrival (Tan Son Nhat International Airport, T2) : 13.20 pm

Perjalanan 5 jam 20 minit.



Ada inflight entertainment.

Sedap mix nuts ni.

Inflight MOML yang diberi Nasi + daging + cauliflower, vege salad, chicken salad, roti + butter dan coklat bar.

Flight besar, 3+3+3

Sempat ibu layan movie Vietnam. Senang sebab ada sari kata in BI walau takde suara. Malas ibu nak pasang-pasang earphone kat telinga. Rimas huhu... Kalau tengok filem omputeh memang kena pakai earphone unless nak baca sarikata dalam bahasa Vietnam😆 . 


Sampai di bumi Ho Chi Minh pula.

Turun dari flight terus ke connecting kaunter untuk check-in ke Kuala Lumpur pula.

Solat kat sini.. ni seat kat hujung berdekatan tandas.

Satu lagi kat sini dapat signal pula padahal roaming kat Japan. Ke sebab dah roaming, signal bersambung walau berada di negara lain.

Ibu bawa duit Dong balance masa gi Dalat. Shopping sikit kat sini.

Pupposely nak beli kopi ni.

Flight delay satu jam ke KL.

VA bagi kacang dan air mineral, 7 Up dan Pepsi. Pilihlah mana nak. Ibu tak minum, bawa balik bagi ayah.

Krew VA bagi percuma check-in luggage yang dibawa masuk cabin. Sebelum tu kan hanya 1 luggage 23kg je boleh check-in. Mungkin flight tak penuh. Haahh... memang bagus sangat, tak payah lah nak angkut lagi.

Nenek dan tour guide, Ciqsuq.

Adik-adik yang rajin melayan nenek.

Dalam bas menuju ke flight VA.

Seat 2 baris dari depan, premium katanya.

Ho Chi Minh City - Kuala Lumpur
Departure (Tan Son Nihat International Airport, T2) : 17.00 pm
Arrival (Kuala Lumpur t International Airport, T1) : 19.00 pm

Perjalanan 2 jam.





Snek berupa pasta daging, pisang dan seketul roti beserta butter.

Nikmat betul petang-petang dapat minum kopi.

Touch down KLIA 8 malam.
Sambung jalan nak ambil luggage.



Kena sidai masa nak ambil luggage. Luggage bercampur dengan 3 flight yang lain atas conveyor. 
Payung tu memang nak bawa balik. Boleh je nak tinggalkan. Kat Malaysia pakai untuk hari hujan je lah.. nak pakai masa panas see through pula 😁

Ibu minta Cik Awie ambil jam 9.30 malam. 
Sampai rumah jam 10.45 pm

Alhamdulillah selamat sampai semuanya.

Maka berakhir sudah cerita JJJ.

Pakej yang kami ambil cuma diawalkan sehari, mujur masih suit dengan jadual kerja ibu.

Entry trip jalan-jalan ibu jadi panjang sebab ibu cuba masukkan semua gambar. Rasa setiap keping gambar ada ceritanya. Namun ada jugalah yang tersimpan.

Dah boleh move on...
Kita ke cerita lain pula 😅

3 comments:

  1. Steady jew nenek. Jalan-jalan sihat tubuh badan kan.
    Wassalam JJJ!

    ReplyDelete
  2. sronok jln2 jepun tu...tringin juga nk pegi...stakat ni br mkn kt restoran jepun amik feel dlu hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat mendarat. Seronok nenek dapat JJJ.
    Lepas ni ke mana pulak Kak? Hehe ..

    ReplyDelete