Habis dah 2 hari cuti Wafi. Hari ni ibu hantar ke Stesen KTM sorang². Kak Widad demam pulak tak dapat nak teman.
Pagi tadi baru bagitau nak kena beli hadiah birthday Afiqah dan kelas, Santa Wish List ke namanya. Kira tukar² hadiah tapi dah tau nak tukar ke siapa dan apa yang dimahukan. Wish Iman adalah Kinder Bueno dan pinky². Kalau Wafi bagitau awal bolehlah pergi Setia City Mall. Banyaklah pilihannya. Dah tak sempat, pergi MrDiy je paling dekat. Jumpa lampu silikon kaler pink bentuk octopus. Sweet dan comel.
Kali ni balik dengan Afiqah je. Minggu ni team kriket je boleh PB sebab pelajar lain dan PB minggu lepas.
Wafi pulak dalam wishnya tulis stokin dan keychain. Wafi kata tak sampai hati nak minta macam² takut susahkan kawan. Kalau nak yang betul², boleh minta ibu je. Hamboiiii... susahkan ibu tak pe lah eh 🫣🫣🫣
Lepas beli barang kat MrDiy, ibu ajak tapau lunch kat Ediza Dessert.. banyak makanan dari vendor. Nanti dah sampai rumah tak payahlah ibu masak. Wafi cuma beli kek coklat, taknak foodpack. Kat rumah nak makan MLCA ayam ibu je. Adehh... 3 kali makan tak jemu ke. Hari Rabu ritu ibu masakkan Wafi katanya teringin MLCA bila balik rumah. Ibu masak seekor ayam terus MLCA tu dan frozenkan dalam 3 bekas. Jumaat baru Wafi makan. Lunch dan dinner. Hari ni makan lagi. Last pack. Ingat balik ibu nak rehat dulu... tak jadilah sebab nak kena panaskan lauk dan masak nasi. Wafi mintak telur dadar juga.
Kat rumah, MLCA mama no 1.
No. 2 ikan pari masak asam pedas.
Tapi makanan Makcik DM no 1.
😳😳😳😳😳
Maksudnya Makcik DM masak lagi sedaplah dari ibu?
Kita tak taulah kenapa masakan Makcik DM tu sedap².
Ye sudah.... ibu berterima kasih je lah dengan Makcik DM tu sebab bagi anak ibu makan sedap².
Cuma Wafi kurang sikit bila hari lauk ikan jaket masak sup... ye ke masak sup.. cam pelik je.. ke masak cuka.
Untuk breakfast pulak, Wafi kurang suka nasi lemak dan cereal+susu.
Chicken chop yang sebelum ni tak makan sekarang dah makan.
Tadi ibu tapaukan nasi goreng sotong+telur dadar. Kot lapar malam bolehlah makan.
Sampai kat KTM tadi sempat tapau ayam gunting dan sosej jumbo. Tak jadi nak beli waffle, plan asalnya.
Kali ni balik dengan Afiqah je. Minggu ni team kriket je boleh PB sebab pelajar lain dan PB minggu lepas.
Alhamdulillah sudah sampai SP jam 9.46 pm. Cikgu Amin yang merupakan warden bertugas juga guru pasukan kriket mereka jemput di Stesen KTM.
Terima kasih cikgu atas bantuan.
Esok bolehlah ibu rehat betul² di rumah sambil layan movie. Asyik tertangguh je.




Mujur ada cikgu yang jemput. Malam sampainya tu. Ada kawan ok la takdela risau balik sorang.
ReplyDeleteDah plan awal² balik berdua... kalau sorang memang tak bagi balik malam. Sepatutnya bekas pengasuh Afiqah ambil tapi last minute tukar plan minta cikgu tolong pick-up.
DeleteKalau susahkan ibu...pasti ibu beli. Betul tak?
ReplyDeleteHaha.. betul².
DeleteDia buat muka manja²... ibu cair😆 Rasa cam takde yang ibu tak belikan🥶
Kopi tu wajib ada buat hilang ngantok. hihi...
ReplyDeleteAda je akal dak Wafi ni kan. Siapa lagi nak bermanja dengan ibu kan. Seronok betul dia dapat makan masakan lemak cili api. Tak jemu. Masa balik ni lah dapat makan masakan ibu puas-puas.
Untung juga tu DM ada makanan sedap kena dengan selera. Kadang tak kena dengan selera pun terpaksa makan jugalah. Kalau tidak lapar. Dulu masa dok asrama, suka makanan hari jumaat sebab special sikit nasi ayam.
Sampai ibu tanya 2 kali.. kot salah dengar.. memang betul makcik DM no 1😅
DeleteMula² masuk adalah komplen sana sini.. sekarang kemahen lagi puji². Tak tau lah cook yang sama ke lain.
Wahhh... feveret Fizah Jumaat nasi ayam ya.
Akak dulu Khamis sebab ada tumis taugeh+kucai dan telur mata masak kicap.
menu di dewan makan sedap alhamdulillah..tkde la ibu risau kan...jrg bdk suka ngan ikan jaket
ReplyDeleteIkan jaket tu agaknya memang sinonim dengan asrama kot😁😁
DeleteKat rumah kalau akak masak ikan jaket dan ikan kembung, anak² akan pilih ikan kembung.
Mungkin rasa lebih manis dan isi lembut berbanding ikan jaket.
Bagusnya warden tolong jemput di stesen ketapi.
ReplyDeleteAngah pun kalau lauk ikan macam² dia komplen.
1st time minta tolong sebab balik malam PH. Lagipun Cikgu Amin ni few times kami jumpa asbab kriket. Syukur sangat ada yang bantu.
DeleteNak ambil teksi atau grab tak confident sebab malam tapi kalau siang takde masalah.
Alhamdulillah..baik cikgunya...
ReplyDeleteYe budak2 sekarnag, susahkan mama xpe..jangan susahkan orang lain...sabo je laaa
ReplyDelete