Pages

Saturday, December 31, 2022

Makan Terakhir 2022

Dinner kita singgah makan di Kg Melayu Subang. 

Tempat favourite arwah atuk.

Miss you Abang Imi. 
Tak sempat makan sini dengan Bami sebelum balik Unisza haritu.
Nantilah bila Bami bercuti kita makan sini.

Datang sini biasa kita makan ni.
Chicken grill atau chicken chop.
Kalau abang Imi biasanya akan ambil chicken chop.

Nama ke baby chicken grill tapi ada 2 pcs.
Memang terlebih kenyang lah kalau sorang makan. Rasa harga dah naiklah.. dulu kalau tak silap RM10 je.

Ambil 3 set.

Ayah add on mushroom soup with garlic bread.

Wafi order Nasi Goreng Pattaya.

Alhamdulillah untuk rezeki malam ini dan dinner terakhir 2022.

Semoga Allah limpahkan kami rezeki lebat dan hebat di Tahun 2023 dan seterusnya.

Aamiinn ❤️

Habis makan kita balik lah rumah.
Mandi² dan ibu je yang pengsan.
Wafi sempatlah siapkan kerja sekolah yang tak habis². Itupun ibu baru tau ada kerja yang tak siap. Malam sampai jam berapa tah dia pulun.

Kawi tolong sidai kain dan basuh lagi baju kotor yang ada. Tq kakak ❤️

Playing Tourist

Acah-acah pelancong 🤭
Selepas ke majlis kenduri anak rakan ibu, kita plan jalan-jalan. Ye lah.. dah pakai lawa-lawa takkan nak balik rumah terus.

Pakai je baju kurung, cuma Wafi tukar baju santai masa kita singgah solat Zohor di surau petrol station. 

Ayah cadangkan few places antaranya IKEA, KLCC dan few other places. Ibu rekues ke Mid Valley Mega Mall sebab tak pernah sampai dan bolehlah cari kasut ofis. Nak senang ambil je lah MRT dari stesen terdekat dari tempat kenduri tu.

Kita naik kat Kwasa Sentral.
Parking pun ample. Mungkin hari bercuti.

Tambang RM3.80 seorang kalau tak silap ke Pasar Seni.
Dari situ tukar tren pula naik LRT ke Abdullah Hukum RM2 seorang.

Biarlah mereka setel urusan beli tiket. Ibu ikut je, turun naik di platform yang mana.

Kan dah kata playing as tourist.. jadi Kawi kata kenalah tunjuk token 🤣🤣

Bukan selalu kan naik MRT 🤭



Menara Merdeka 118.

2 kali tukar tren baru lah sampai.. Kena menapak lagi 300m.

Balik memang sakit kaki.

Dari atas nampak bersih sebab tak nampak sampah terapung.

Mungkin satu hari nanti air lebih jernih dan ikan boleh kelihatan di dalam sungai.


Mall ni terlalu besar dan panjang, at the end jalan kawasan berdekatan ke.

Sampai-sampai Wafi cari makanan sebab tadi akt kenduri makan sikit je, malu nak tambah katanya padahal food dia kemain sedap lagi.

Wafi ambik ramen BBNU dan Korean Chicken.
Kenapa BBNU?
Sebab tak pedas langsung 🤣🤣
Macam² lah awak ni!

Ibu belikan Spring Roll.

Tambah lagi rojak.

Ajomlah makan dulu.

Lepas tu baru cari kasut ofis.
Taknak mengukur mall, ibu masuk Parkson kalau tak silap. Jumpa kasut yang berkenan kat Larrie. Ambil je lah sebab dah petang.

5.30 pm kita keluar dari mall.

Ayah cadang beli air kat Boost.
Ini pun 1st time.
Kids suggest All Berrie Bang.
Sedap minuman yogurt ni.

Dah.. jom menapak keluar
Jauh lagi ni nak sampai MRT.

Sampai di Kwasa Sentral pun dah 6.45 pm.
Solatlah Asar dulu.
Sementara  tunggu Maghrib bolehlah lurus² kan kaki yang dah tak terasa tu 😬😬

 

Wednesday, December 28, 2022

Year End 2022 Management Dinner

Petang tadi ibu attend buffet dinner di Dar Al Hajar Restaurant, Setia Alam.
Ngam-ngamlah sampai jam 6.30 pm
CEO dan bos ibu dah tunggu depan main entrance.
Adalah dalam 30 orang management staff yang dijemput hadir.

Sebelum majlis bermula.
Masing-masing datang dari ofis.

Ibu dengan Mr Lee je pakai bebas sebab kami onleave hari ni tapi hadirkan diri juga demi company tersayang 😎
Mujur rumah dekat dan memang tak pergi berjalan pun cuti.
Ibu half day hari ni sebab setelkan permohonan sekolah Wafi di SRA tadi.

Goyang pulak picture ni. Depan tu rakan sekerja dari Melaka plant. Ada site visit di Klang plant.

Staff Klang dan Melaka plant.

Masing-masing khusyuk dengar CEO berucap.
Ada diperkenalkan new manager yang akan bertugas awal tahun depan.

Makan dulu. 
Ada nasi arab tapi ibu tak ambil.
Makan light meal je malam ni sebab tengahari dah makan nasi goreng pagi dan ayam KFC yang ibu tapau untuk Wafi dan Kawi.

Ambil gambar kerusi ni sebab nampak cantik dan berseni 😁

Katanya Kunafa tapi tak boleh makan banyak. Ini pun share ramai-ramai.
Tak boleh habis sebab masin walau dah makan dengan sirap gula dia tu.

Encik Rosman yang akan menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat selama 37 tahun.
Pencen dah.. Alhamdulillah.
Tidak dapat sambung atas faktor kesihatan.

Ibu minta diri before 9 pm.
Risau balik lewat sebab kena memandu malam dengan masalah silau lagi.

Seronok malam ni get together.. makan-makan, gelak-gelak..
Dengar perancangan company untuk tahun depan, fuhhhh...
Semoga company dan semua staff bertambah sukses pada masa akan datang.

Ok.. lagi few days umur ibu meningkat separuh abad.. boleh lah sama-sama meraikan ulangtahun syarikat yang ke 50 tahun !
 

Tuesday, December 27, 2022

Farewell to Assila

Jumaat hari yang menyeronokkan kan...
Sebab?
Last day of the week.
Next Monday tu cuti sempena Hari Krismas.

Hari terakhir rakan sekerja menamatkan perkhidmatan, jadi seperti biasa kita ambil gambar kenangan.







She's the one at the middle.


All the best Cla!
Hope you'll enjoy working at new place with new environment and new friends 😍

Oh yaaa.. sebelum balik rewang bungkus berkat pulak 😁
 

Potluck di Ofis Lagi

Ini cerita minggu lepas Jumaat 23/12/2022.
Potluck untuk makan-makan sempena meraikan salah seorang rakan sekerja department ibu yang menamatkan perkhidmatan.
After one week makan-makan lagi.

Semenjak pendamik Covid kita pun dah jarang (macam tak ada) meraikan rakan-rakan makan di luar. Kebanyakannya order melalui FP atau GF atau potluck dan makan di ofis.

Makan dari pagi sampai petang lah kekdahnyatapi kita split food untuk breakfast dan lunch.

Roti Jala.

Kuih Lapis setalam huhuh.... 
Ibu bawa ketupat palas bersama serunding daging dan ikan.

Kuih Nona Manis, Kuih Lapis dan Popiah Sira.

Karipap dan Popiah.

Tea Lady bawa Idli dan Vadei.
Kita memang request vadei tu 😁

Ada lagi kek dan beberapa kuih-muih lain yang tak sempat ambil gambar.

Assorted cake dari Mamasab.

Popiah Bergedil.

Makanan untuk lunch pun semua best.

Ayam Buttermilk.
Sayur campur oleh ibu.

Fillet Ikan Siakap masak 3 rasa.

Sambal goreng Jawa.

Fruits koktel.. tak nampaklah isi.

Buah anggur tak pulak ambil gambar.

Bismillah... penuh pinggan lunch ibu 😂