Pages

Friday, January 31, 2025

Cuti CNY Bersambung

Salam Jumaat.

Hari ni company ibu shutdown jadi dapatlah 5 hari cuti sempena perayaan CNY bersambung pula dengan weekend. Cuti hari ni diganti dengan public holiday yang lain.

Sementara anak² qada tidur kunun penat balik dari berjalan malam tadi, ibu buatlah sarapan simple. 

Pisang nangka goreng.
Elok dah masaknya, manis bila digoreng. Tak perlu lah buat sambal kicap. Lagipun cili padi habis😅. Nantilah beli barang dapur.

Teh Boh perisa orange tanpa gula  Rupanya ada lagi stock. Ni kalau kemas gerobok entah apa lagi harta karun boleh jumpa😁

Tengahari nak kena prep makanan Abang Imi untuk dibawa balik ke KT petang ni. Habis dah cuti di rumah sempena study week.

 

Thursday, January 30, 2025

Honey Kumquat

Haritu dok lalu lalang kat medsos tentang Honey Kumquat. Masa ibu balik dinner dengan kawan² di Setia City Mall lalu kiosk MBG dan nampak banyak dijual Honey Kumquat. Belilah 10 biji je nak rasa.

Kalau tengok macam limau kasturi.
Ibu baca ada 2 jenis, satu berbentuk bujur dan satu lagi bulat.

Katanya yang berbentuk bulat lebih manis.

Tak sangka keratan kumquat begini. Ibu dok bayangkan macam limau kasturi.

Teksturnya padat dan crunchy.
Rasa?
Manis leting tapi kat hujung ada rasa kulit limau.

Dah Makan Putu Bambu World

Tak menahan nengok Suria Amanda makan Putu Bambu World, ibu jadi teringin dibuatnya. Balik dari Melaka singgah dulu di surau tepi tol Setia Alam untuk solat. Minta ayah berhenti kejap kat lori jual putu. Minta Kak Widad turun belikan

Dah lama pun lori Putu Bambu World jual kat situ tapi tak pernah teringin nak beli. Sama gak kat hentian lain ada je tempat yang jual.

Sedap... sedap...

RM6, 5 pcs.

Mee Hassan @ Mee Bodo Tangkera


Selepas sarapan kami meneruskan misi mencari tempat makan viral di Melaka. Kali ni ke kedai makan Mee Hassan sebab nak rasa mee nya yang viral dengan nama mee bodo. Dari hotel memang dekat sangat kedai tersebut dalam 4 minit berkereta. 

Pekan Tangkera yang agak lama.

Style kedai ni kena beratur dulu dan dapatkan meja. Sementara ayah beratur, kami chupp meja.

Masa ni kami dah ada meja dan ayah masih beratur. 

Wednesday, January 29, 2025

Sarapan Di Dondang Sayang Cafe, Hotel Tamara

Restoren hotel dibuka dari jam 7 - 10 am. Ibu ayah hanya turun berdua jam 7.15 am . Kak Widad dan Wafi taknak turun sarapan. Kalau nak tambah breakfast RM28 seorang.

Masa masuk restoren tak ramai pengunjung lagi. Dapatlah ibu ambil gambar menu yang dihidangkan pagi tu. 

Mi sup.

Ada mi kuning sahaja dan ini condiments nya.

Pau kaya dan pau kacang.

Menginap di Hotel Tamara, Melaka

Sabtu pagi sebelum pergi kenduri kawan ibu ayah di Cyberjaya baru ayah book hotel. Kan pagi tu baru ibu request ambil barang Wafi di PD dan suggest jalan-jalan.

Jam 8.30 pm baru sampai selepas gerak dari makan piza parang tu.

Cik Baya sudah sampai jam 7 malam manakala Cik Amie sampai sejam selepas itu. Semuanya pun impromtu je. Ibu share dalam grup family yang kita akan jalan² ke Melaka. Ajak lah sesiapa yang free untuk join cuma kena book hotel sendiri.

Sekali Cik Man dan Cik Amie macam berminat. Itu pun ibu tak conform diorang nak join ke tak. Style diorang jenis know.. know arrive 😅. Padahal masa tu Cik Amie masih OT di office manakala Cik Baya baru balik kerja, malam sebelum tu shift malam.

Cik Baya bertolak dari Klang jam 2 pm, manakala Cik Amie dari Kajang jam 4 pm. 

Tengok si Dina tu.. kemain happy dah sampai hotel. Makngah yang plan awal pun tak sampai lagi. Tapi Dina tak bolehlah mandi kolam sebab jam 7 malam, kolam dah tutup. Esok je lah pagi² mandi.

Makan Malam Di Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka


Lepas makan pizza kami gerak terus ke hotel. Kami check in hotel dahulu tapi tak masuk bilik sebab nak sertai Cik Ami dan Cik Baya makan malam di Ikan Bakar Parameswara yang terletak di Umbai, Melaka. Perjalanan memgambil masa hampir 30 minit. Kami car pool je dalam kereta mereka.

Pizza daging salai lemak cili api distribute pada yang lain sebagai alas perut mereka.

Sampai² nampak aiskrim potong. Menarik pula bila buat camtu.

Cik Baya pilih 15 ekor udang.

Pizza Parang Di Grass Stream Kitchen

Keluar je dari PD, ayah google tempat makan viral kat Melaka. Baca review tentang Piza Parang. Cafe ni terletak di Paya Rumput dan kebetulan memang sekali jalan nak ke hotel penginapan. Dari Villea Hotel untuk ke Hotel Tamara mengambil masa 1 jam 30 minit melalui jalan dalam. Jalan pun ok, smooth je.

Kami sampai Grass Stream Kitchen (GSK) sekitar jam 6.30 petang. Kedai makan ni dibuka dari jam 6 petang hingga 11.30 malam. Boleh parking di sepanjang jalan berhampiran kedai.

Beratur dulu. Walaupun panjang tapi keep moving sebab kebanyakan yang datang secara berkumpulan. Mujur cuaca redup je petang tu dan kelihatan awan hitam.

Singgah Villea Hotel, PD Ambil Barang Wafi

Sehari selepas kami balik dari Family Day, staff Villea Hotel call ibu maklumkan yang ada barang tertinggal di luar bilik hotel. Ibu dah maklum sebab masa otw balik tu Wafi beritahu beg kecil berisi cleanser dan skincare tertinggal kat tangga depan bilik hotel. Kira burnt je lah sebab ibu rasa staff hotel pasti buang dah. Mana nak tau mereka contact ibu.

Mereka beri option sama ada nak ibu collect atau mereka boleh courier dengan bayaran RM30. Diberi masa 2 bulan untuk simpan barang tersebut.

Tingg!!!!!

idea... idea...

Ibu carilah alasan kat ayah untuk collect sendiri. Bolehlah jalan² sekali😅😅😅

Ni lah 4 ketoi barang yang menyebabkan kami lajak ke PD.
Bloom cleanser tu baru beberapa minggu buka, sayang lah kalau buang camtu je huhu...

Menyantuni Majlis Perkahwinan Arissa Hanis & Amirul Fitri Di SkyGlass, Cyberjaya

Sabtu 25/1/2025

Undangan majlis perkahwinan dari unimate ibu dan ayah, auntie Azlin dan suami ni rasa wajib pergi sebab few times dah kena remind untuk hadir.

Jam 11.45 am kami sampai di SkyGlass, Cyberjaya. Event hall pula terletak di rooftop, tingkat 22. Fuhh.. kemain tinggi lagi wedding place ni.

.Pasangan pengantin Arissa Hanis dan Amirul Fitri yang diraikan.

Seperti biasa event begini akan jadi mini reunion bila ramai kawan² yang hadir.

Buffet Korean Food Dengan Rakan Sekerja

Ini cerita Jumaat lepas, 24/1/2025

2-3 hari sebelum tu officemate ajak makan Korean food di Setia City Mall. Layankan je lah mak buyung tu. Kami lah yang jadi mangsa ajakan 😁. Tapi tak mengapalah... nak juga rasa makanan di restoren lain.

Buffet berharga RM33.80, before tax 

Masa yang diberikan 1 1/2 jam. Masa kami sampai tu jam 6 pm.

Disebabkan ibu sudah lapar, makan dulu yang ready to eat.
Kalau tak silap glass noodle tu dipanggil japchae. Ambil juga rice cake, kepak goreng 3 flavour.

Si Merah Sudah Sampai

Khamis 23/1/2025, Aida Sales Advisor Perodua hantar kereta ke rumah. Dah petang masa tu about jam 7 pm. Ingatkan nak ambil kat showroom tapi dia nak hantar.. lagi mudahlah. 

Senang berurusan dengan Aida ni. Semua melalui whatsapp je. Kali kedua berurusan dengannya. Sebelum ni masa ibu arrange  pembelian kereta company.

Ibu book 16/11/2024.
Masa tu ada je ready stock tapi ibu minta hold dulu sebab dah nak akhir tahun. Rugi dari segi tahun. Jadi ibu request kereta production dan registration tahun 2025. Lagipun tak urgent.

Kesempatan Bertemu Blogger Amie's Little Kitchen

Ini cerita minggu lepas, Isnin 20/1/2025

Masa ibu baca blog Amie's Little Kitchen, beliau terbang untuk pulang ke kampung. Kebiasaannya kalau balik kampung tu pasti akan travel ke mana-mana. Masa tu ibu berada di ofis. Jadi cepat-cepat hantar mesej kot boleh selit sedikit masa untuk berjumpa. Ibu suggest masa dan tempat sekitar Eco Grandeur. Mudah kat situ sebab kat tengah-tengah antara kampung Cikgu Amie dan rumah kita.
Alhamdulillah.. pelawaan ibu dipersetujui.

Jadi haritu sharp jam 5.30 pm ibu keluar office. Cari ole-ole sikit. Yang paling senang hasil tempatan berupa kerepek-kerepek yang dibeli di Jalan Paip. Balik rumah dulu siap-siap. Buka puasa makan sikit, alas perut je sebab nak temankan Wafi.

Jumpa di Seteshen@118, Eco Grandeur jam 8.15 pm.

Ibu ajak ayah untuk ayah join sekali tapi ayah kata lambat lah sikit. Mujur cuti sekolah jadi sepanjang jalan dari Gombak agak smooth. 

ouchhhh... so sweet pasangan Kak Amie & En. Majid.
Seronok berbual dengan mereka berdua. Dari satu topik ke topik lain.

Bila berdiri sebelah... alahaiiii... kecil molek je cikgu kita ni.
Kena beredar dah sebab cafe pun nak tutup. Tak terasa pula masa bergerak pantas bila bersembang santai.

 Ole-ole dari Sabah ni. Amplang 2 perisa.
Siap dengan container sekali.. terima kasih Kak Amie bagi kudap-kudapan. 

Insyaallah di lain masa kita jumpa lagi.
Semoga ukhuwah terus berkekalan.

Monday, January 27, 2025

Beli Dah Uniform PRS

Dari minggu lepas Wafi dah tanya bila nak beli uniform Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Adehhhh.... sabar nak... ibu ada 2 kaki je huhu...
Weekend dok keluar berjalan² tak sempatlah nak menyelit ke kedai pakaian sekolah.

Ikutkan kakak dah janji nak bawak Wafi semalam tapi balik dari berjalan dah letih. Petang tadi balik kerja terus ambil Wafi dan kakak di rumah bawa ke Pasaraya Karnival di Puncak Alam.

Fuhhh... kemain purple.
Baju (saiz 40) dan tudung (saiz L) jenama Gemilang. Kain hitam (saiz M) jenama Nazara. Gemilang takde saiz yang dikehendaki.

Simpan sini saiz tu.. kotlah nak kena beli lain kali😬😬

Friday, January 24, 2025

Jalan-jalan Sekitar Pekan Taiping Dan Taman Tasik

Lepas pekena cendol dan rojak tu, kami ambil kesempatan jalan-jalan sekitar Taiping. 

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan lalu Taiping tapi tak adalah nak singgah. Kali ni sebab takde apa yang nak di rushing kan, itu yang decide singgah sekejap. Lagipun anak-anak semua ada. Dapat jalan satu daerah dan tempat pun sudah ok bagi kami.

Cuaca cantik cuma panaslah sebab dah tengahari. Belakang tu bukit bukau.

Ada beberapa spot bergambar di pekan ni. Singgah yang senang nak parking. Ada satu tu mula-mula dah nampak, bila pusing semula tak jumpa jalan.

Ibu, Kak Widad dan Wafi je turun. Itu pun Kawi hanya tolong ambilkan gambar.






Ibu je sorang bergambar, Wafi dah tak nak turun kereta.

Tak dapat ambil gambar keseluruhan sebab kena seberang jalan baru boleh tengok seluruh gambar di bangunan ni.

Warna keemasan.

Rumah Kopi Bijeh.
Tak sure masih beroperasi atau tidak cafe ni sebab masa kami park kereta depan ni, ia tutup. 

Kemudian kami ke Raintree Walk.

Dulu kawasan ni boleh lalu kenderaan namun sudah ditutup demi keselamatan. Pokok-pokok semakin membesar dan tua. 












Taiping ialah sebuah bandar di barat laut Malaysia. Ia terkenal dengan seni bina kolonial yang dipelihara dengan baik. Taman Tasik Taiping, taman awam dengan pokok angsana dan kolam teratai, telah ditubuhkan pada tahun 1880 di tapak lombong bijih timah lama. Berdekatan, Zoo Taiping membiak spesies terancam seperti harimau Malaya. Muzium Perak mempamerkan kraf asli, artifak suku kaum dan rangka haiwan dalam bangunan abad ke-19. ― Google