Ayah dah lama teringin nak makan cempedak goreng. taknak yang beli dah siap goreng. Cempedak sebesar ibu jari tapi tepung punyalah tebal. Nak yang goreng sendiri.
Ibu ok je asalkan ada cempedak tu. Gigihlah ayah cari. Jumpa kat gerai tepi Jalan Iskandar. Ayah minta penjual carikan yang sudah masak dan boleh goreng terus. Mereka kata cempedak madu. Guarantee manis.
Berapa dik?
RM60 bang.. ini 6 kilo. Sekilo RM10.
Ayah macam krik.. krik... hahaah.. tak sangka pula begitu mahal harganya. Itu lah.. ayah mana pernah beli buah cempedak. Ibu kalau beli pun setakat ambil yang 2-3 kilo sahaja. itu pun bila harga RM8 sekilo.
Ambil je lah.. mujur ayah bawa duit lebih.
Bila ayah bawa balik dang ibu angkat.. memang berat..
Cuak.
Baru beberapa hari sebelum tu terbaca di grup masak Apa Tak Jadi Hari Ini ada seorang tu beli sebiji RM48 tapi dalam nya hanya ada 8 ulas sahaja yang lain penuh dengan serat (ibu tak tau istilah apa yang patut digunakan). Ibu juga pernah beli ulas dalam tu tak berbaloi dengan apa yang dibeli.
Bismillah.. buka-buka..
Puas hati.
Rasa pun manis dan isi lembut.
Kadang beli cempedak+nangka yang keras sikit tu. Bila digoreng tekstur tak lembut. Geram je dengan peniaga yang tidak jujur.
Ya Allah.. masa goreng satu rumah dah bau.
Anak-anak dah tak sabar nak makan.
3 kali goreng juga. Sekali goreng memang banyak.
Biar masing-masing puas hati makan.
Bukan selalu kan.
Ibu hanya guna tepung gandum, garam, kunyit dan air sahaja untuk buat batter. pernah juga try resepi guna tepung beras, kapur tapi result tak seperti yang diharapkan. End up buat yang simple je. Walau kita dah follow instruction tapi result tak sama dengan orang yang kita follow tu. Itu lah namanya hasil air tangan seseorang. Kita cuba lagi!
Berbaloi beli walau harga kayangan, isi penuh. Saya pun tak pandai beli cempedak. Memang rasa kecewa bayar mahal, balik rumah bila kopek isinya 2 - 3 ulas!
ReplyDeleteItu lahhh.. beli buah ni nasib2 kita je.. kalau dapat yang beberapa ulas je.. mulalah merungut dan berkata "baik beli dah goreng je"
Delete