Pages

Tuesday, July 13, 2021

3 Zulhijjah 1442

Masih lagi bekerja di rumah untuk PKPD hari ke 11. Kecohlah di media sosial ada kilang di Meru yang dikepung oleh polis dan imigresen kerana tidak patuh kepada SOP. Manakala kes positif 11,079 tertinggi setakat ini. 

Bila ibu keluar dari homeoffice nak sediakan untuk dinner/buka puasa, Kakak Widad sudah di dapur untuk memasak. menu semua kakak dah ada dan sedang sediakan bahan. Bila dah begitu ibu solat Asar dahulu dan sambung masuk homeoffice. Kakak tidak gemar dibantu apabila berada di dapur sebab kalau ibu ada, ada sahaja yang nak dikomen. Jadi biarkan sahaja dia buat kerja. Kalau ibu, lebih suka dibantu... cepat sikit habis masaknya.

Telur bistik, kobis goreng, tempe berempah dan popiah carbonara.
Popiah tu kakak Widad dah sediakan malam sebelumnya dan difrozenkan bila tiada kerja nak dibuat waktu malam sambil-sambil tonton HGTV rancangan kegemarannya.

Rupanya Kakak Widad juga gorengkan untuk diberi kepada family kuarantin. Haaa tengok tu.. as always mesti ada nota darinya.

Tunjuklah juga picture runner 2 @ Inche Jalan Rebung dengan jersi barunya nak hantar dinner.

Teringin pula teh tarik. 2 cawan habis untuk buka. Rasa nikmat sebab dah beberapa hari tak minum manis.


 

3 comments:

  1. Bagusnya kakak widad sediakan makanan dan siap untuk mereka yang kuanrantin juga. Semoga Allah membalas dengan kebaikan. Aaaminn...
    Sesekali dapat minum manis memang nikmat kak.

    ReplyDelete
  2. Aamiin.. Kakak Widad bila datang rajin macam-macam nak dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Kakak Widad kongsi rezeki. Moga bertambah rezeki Allah untuk keluarga.

    ReplyDelete