Pages

Tuesday, July 6, 2021

PKPD day 4/14

Malam tadi sudah pesan pada Kakak Widad yang pagi ibu nak masak bihun Singapore (macam pelik pulak kalau sebut bihun Singapura). Ini gara-gara BW di Amie blog. Nampak begitu menyelerakan. Tidak sempat nak search resepi di blog beliau maka google sahaja di blog yang lain.

Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ini pertama kali buat bihun Singapore. Kejadiannya tidak putih tetapi agak perang. Mungkin terlebih bawang merah, udang kering dan lada hitam. Lada hitam guna yang diblend dan serbuk Ajishio sebab yang blend dapat sudu sahaja. Nak tambah sotong masih beku. Mujur terjaga jam 3.30 am keluarkan ayam siap-siap. Sayur pula takde yang sesuai.. hanya ada cauliflower, brocoli dan terung di peti sejuk. Masukkan sahaja 4 biji cendawan shitake kering yang dipotong nipis.

Makan pula dengan bawang putih goreng dan sambal kicap. Wafi dan Abang Imi cakap terasa blackpepper.. rasa perit di tekak. alamak.. ok.. lepasni boleh kurangkan blackpepper tu.

In between lunch tu sambil rehat dari kerja ofis, makanlah muffin coklat hasil air tangan kakak Widad. Sedap. Tengah malam kakak buat. Macam tu lah kalau sudah bosan.. tengah-tengah malam ada sahaja masakan yang dibuatnya. Kamilah tukang makan. Kakak Widad bukan nak makan sangat. Kalau tak dipesan pagi-pagi dah siapkan sarapan. Ibu buka mata sudah kedengaran kelentang-kelentung di dapur. Tapi masa time busy kelas, janganlah dikacau. Terperuk di bilik. Nak jumpa pun susah.

Tengahari pula makan nasi paprik. Beli secara talian je. Bantu peniaga kecil. Ibu walau WFH memang tidak akan masak untuk lunch. Biasa ayah masak, beli atau order sahaja. Masa kerja ibu sama dengan ofis. Rehat pun 1-2 pm. Masa rehat akan nap 40 minit kemudian bangun makan dan solat sebelum sambung kerja.

Petang tadi habis kerja hampir jam 6pm. Rasa lapar pula. Jadi gorengkan je kentang. Cicah dengan sos. Malam dah tak ada masak lagi. Cukuplah dengan minum petang merangkap makan malam. Kalau ada anak-anak yang lapar, roti ada. Frozen food pun memang sentiasa ada di freezer. Masuk sahaja dalam air fryer. Bami dan kakak Widad boleh sahaja masak.. setel.
 

 

2 comments:

  1. Hehehee..bihun goreng putih saya pun tak putih, sebab saya bubuh banyak lobak merah. Melekat warna kuning-kuning oren dekat bihun saya tu.

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak try kurangkan bahan sampingan agar benar2 putih hehe..

    ReplyDelete