Pages

Monday, July 19, 2021

8 Zulhijjah

Alhamdulillah hidangan buka puasa dan dinner malam ini. Ibu goreng kueteow dan ikan keli. Panaskan nasi kuning dan pelaling.  Ingat nasi kuning mereka makan breakfast. Lupa pulak pagi tadi beli bihun goreng, ayam goreng dan paru berlada. Jadi bila dinner Wafi habiskan nasi kuning.

Tengahari tadi mereka taknak lunch sebab masih kenyang makan bihun. Mudahlah kerja ibu hehe.. Gulai udang dari pack katering sebab nenek puasa. Nasi, telur dadar dan sayur ayah makan tapi tinggalkan udang.

Ulang lagi bubur kacang durian sebab nak habiskan stok kacang hijau dan durian. Nanti kalau biarkan entah bila nak masak bubur tu. Takut bubuk makan je.

Insyaallah esok kita akan puasa Arafah.
Selamat berpuasa 9 Zulhijjah.
 

No comments:

Post a Comment