Pages

Wednesday, July 7, 2021

Homemade Tempoyak

Harini dinner sebelum 6pm. Awal sebab tengahari ayah tak masak nasi.. hanya sediakan mi megi sahaja. Habis kerja ofis terus masuk dapur. sebelum tu sudah keluarkan ikan siakap siap-siap dan sudah plan apa nak masak. Tu yang masak sekejap je.

Lemak cili api siakap, terung goreng, sambal tempoyak dan jering rebus.

Walau ringkas ibu makan bertambah... laparkan.. Terung goreng camni memang laku keras. Mula-mula nak buat sambal terung atau kukus tapi bila fikirkan ibu seorang sahaja yang makan tu yang tukar kepada goreng je. Goreng dengan tepung Bestari sahaja.

Nampaknya ibu juga sorang makan jering. Kalau muda sedaplah makan begitu sahaja. Ini jering dah tua maka ibu rebuskan dahulu.

Sambal tempoyak ni arwah atuk yang ajar makan dan buat. Atuk ajar cili tu gaulkan bersama dengan tempoyak tapi ibu asingkan sebab di rumah ni ibu dan kakak je makan tempoyak tak masak. Jadi yang lain kalau nak makan sambal boleh ambil.

Versi sambal ni pun ringkas... hanya cili dan garam yang ditumbuk bersama. Kemudian bolehlah digaulkan bersama tempoyak atau asingkan dan bila nak makan baru ambil kedua-duanya. Takut kalau digaulkan sekali terlalu pedas. Bila asingkan macam ni bolehlah adjust rasa.

Tempoyak ni buat sendiri dari 3 biji durian. Haritu yang beli durian sampai 10kg hanya mampu makan beberapa biji sahaja selain difrozen dan dibuat serawa. Pertama kali buat tempoyak sendiri. Alhamdulillah menjadi pula. Itupun bertanya-tanya dan google juga.


Resepi Homemade Tempoyak

1. Durian (lebih baik yang elok untuk jamin kualiti)
2. Garam

Cara-cara
1. Leraikan isi durian dari biji. 
2. Gaulkan dengan garam dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips
1. Pastikan guna sudu/garpu atau plastik. Pastikan tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik kerana boleh menyebabkan kurang berkualiti. Mungkin ada bakteria yang tidak kelihatan yang menganggu proses penapaian.

2. Tapiskan dahulu selepas leraikan isi dari biji untuk toskan air durian (ibu tak buat sebab sikit je malas nak basuh-basuh bekas).

3. Biarkan 1 hari di suhu bilik. Lepastu bolehlah masukkan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. 2 hari kemudian dah boleh guna.

Tadi buat sambal tempoyak masih terasa kemanisan durian.. bau semerbak je. Sampaikan Wafi cakap makan nasi dengan durian ke. Ibu masih belum pernah cuba makan nasi dengan durian ok.. kalau tempoyak boleh lagi atau pulut bersama durian.

Lepas ni kena cari ikan patin kot!
Lahaiii sedapnya.. rindu nak makan patin tempoyak kat  RnR Temerloh menuju pantai timur. 

3 comments:

  1. Tak sabar nak buat homemade tempoyak. Musim durian belum sampai ditempat kami. Sabar menunggu penghujung musim durian di Malaya, barulah mula musim durian di Borneo.

    ReplyDelete
  2. oo.. macam tu eh.. masa kami pergi KK bulan 9 tahun lepas ada rasa durian hutan kot.. rasa memang beza sangat. Lepastu ambik sebiji durian kampung.. sama macam kat sini.

    ReplyDelete
  3. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete