Pages

Thursday, July 29, 2021

6 JENIS GARAM : GARAM MANA YANG TERBAIK?

Sharing dari grup Oilylicious oleh Ticer Watie.

Garam ni orang kata kena pantang, ambil garam banyak-banyak nanti boleh kena darah tinggi, boleh kena sakit jantung. Ya betul ! Tapi kalau garam tu sendiri boleh beri kebaikan pada tubuh, kenapa nak pantang, kan? Yang paling penting, pilihlah garam yang terbaik 🤩


🍁Garam putih (Refined Salt/Table Salt)

Tidak seperti garam lain yang bersifat alkali, garam putih ini bersifat asid. Garam putih merupakan garam proses yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan garam semulajadi dengan tahap kepanasan yang sangat tinggi sehingga 650°c yang memusnahkan hampir keseluruhan komponen-komponen penting di dalam garam semulajadi. 

Garam putih juga diluntur menggunakan bahan kimia (sebab itu warna garam jadi putih bersih) sehingga hilang kandungan mineral dan diganti dengan kandungan kimia. 

Selain itu, garam putih juga mengandungi bahan tambahan untuk menjadikan garam putih ini tidak menyerap kelembapan. Oleh itu, garam putih akan sentiasa kering dan senang ditabur ke dalam masakan. 

Sesetengah pakar mendakwa bahawa ramai pengguna garam putih ini mempunyai masalah kesihatan yang berkait rapat dengan penggunaan sodium. Kandungan bahan kimia yang tinggi di dalam garam putih menyebabkan pengguna garam putih ini menderita sakit kronik seperti Alzheimer, strok, sakit jantung dan penyakit autoimmune. Jadi, garam putih bukanlah garam terbaik yang boleh digunakan.


🍁Garam laut (Sea Salt)

Garam laut adalah salah satu di antara garam yang popular. Garam ini diambil dari laut, kemudian diproses melalui proses penyejatan yang menjadikan air laut tersejat dan terhasillah garam laut ini. 

Ia mengandungi mineral seperti zink, potassium, iron dan hanya mengandungi sedikit iodin semulajadi jika dibandingkan dengan ionized salt. Namun begitu, garam laut adalah lebih baik dari garam putih kerana garam laut melalui proses tapisan yang sedikit atau tidak ditapis langsung. Tekstur garam laut ini biasanya lebih kasar berbanding garam putih.

Walaubagaimanapun, isu pencemaran laut seperti pencemaran mikroplastik menjadikan ramai yang ragu-ragu mengenai keberkesanan garam laut walaupun sudah dimaklumkan bahawa mikroplastik sudah ditapis daripada masuk ke kawasan pemprosesan garam.


🍁Garam Pink Himalaya (Himalayan Pink Salt)

Garam pink Himalaya datangnya dari lombong garam Khewra yang mempunyai kedalaman 5000 kaki  dari puncak Gunung Himalaya, Pakistan. 

Warnanya yang merah jambu menunjukkan bahawa garam ini mengandungi kandungan iron yang sangat tinggi. Garam pink Himalaya merupakan antara garam yang kaya dengan mineral dan mengandungi 84 unsur surih yang diperlukan oleh tubuh termasuk kalsium, magnesium, potassium, kuprum dan iron. Garam ini juga boleh membantu melancarkan fungsi badan seperti mengurangkan kekejangan otot, meningkatkan kesihatan gula dalam darah dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru pada tubuh.


Kebanyakan pakar memperakukan bahawa garam pink Himalaya ini sebagai garam yang terbaik yang boleh digunakan. Harganya pula jauh lebih murah dari garam exotic yang terdapat di pasaraya.


🍁Garam Laut Celtic (Celtic Sea Salt/Sel Gris)

Celtic Sea Salt lebih dikenali dengan grey salt kerana warnanya yang kelabu, hasil dari warna tanah liat yang menjadi tempat garam ini didapati iaitu di Brittany, Perancis. Celtic sea salt diambil dengan cara mengorek atau mencakar tanah liat menggunakan tangan. Campuran di antara tanah liat semulajadi dan tanah menghasilkan garam kristal yang sentiasa lembap dan kaya dengan mineral sehingga dikatakan menyamai mineral yang terkandung di dalam garam pink Himalaya.   

Grey salt boleh membantu membaikpulih keseimbangan elektrolit di dalam tubuh, mampu mengekalkan kesihatan fungsi sel-sel di dalam tubuh, mengelakkan kekejangan otot, serta memaksimumkan penyerapan nutrient ke dalam tubuh. Namun begitu, Celtic Sea Salt ini harganya lebih mahal berikutan proses untuk mendapatkannya adalah sukar. 


🍁Garam Lava Hitam (Black Lava Salt) 

Black Lava Salt merupakan sejenis garam yang bewarna hitam dan berasal dari gunung berapi di sebuah pulau Hawaii dan Cyprus. Garam ini merupakan garam yang tersejat dan diambil di permukaan kolam yang terbentuk secara semulajadi kerana limpahan dari lahar gunung berapi. Black Lava Salt sebenarnya hanyalah garam laut yang bercampur dengan arang aktif yang ditemui di kawasan sekitar gunung berapi. 

Black Lava Salt bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah kandungan arang aktif yang terdapat di dalam Black Lava Salt ini bertindak sebagai agen detox yang mampu menyingkirkan bendasing dari tubuh, selain membekalkan mineral-mineral penting untuk tubuh dan sangat baik untuk sistem penghadaman. 


🍁Kala Namak

Selain Black Lava Salt, ada juga sejenis garam hitam yang berasal dari India iaitu Kala Namak. Kala Namak merupakan garam pink Himalaya yang dicampur dengan arang aktif, herba, biji-bijian dan kulit kayu. Kemudian ia dipadatkan menjadi ketulan besar dan dibakar selama 24 jam sebelum ia dibiarkan sejuk, disimpan dan dibiarkan selama yang mungkin sebelum digunakan. 

Bentuk Kala Namak adalah seperti batu hitam kemerahan, tetapi apabila dikisar halus, warnanya menjadi merah jambu. Kandungan sulfur yang tinggi menjadikan Kala Namak sebagai garam yang amat penting untuk membantu mereka yang mengalami masalah pencernaan. Kala Namak juga merupakan garam pilihan untuk mereka yang mengamalkan perubatan Ayurveda.

2 comments: