Pages

Monday, July 12, 2021

Kuku buatan dan keputusan Ujian Covid19

Bila bosan ada je lah yang dilakukan Wafi ni. Walhal ada sahaja kerja sekolah yang belum selesai. Ibu rasa nak hijau je.


 Bila ibu cakap macam kuku ponti tau takut.. ada juga beli yang immitate tapi haritu sebab gam tu terlebih lekat terus tak berani nak pakai. Bila buat bab2 seni macam ni elok je duduk mengadap. Wafi.. Wafi..

Hari ini keputusan ujian Covid 19 Cik Biela, Cik Awi dan Cik Piqa positif manakala Cik Fatin negatif. Manakala nenek semalam dah dapat keputusan iaitu negatif. Dalam rumah yang sama 2 -ve dan 3 +ve. Terus yang +ve pergi ke Pusat Penilaian Covid (CAC) di Dewan Serbaguna Sri Andalas. Bila tengok Cik Biela rakam keadaan di sana... fuhh.. beratur panjang. Mereka sampai menjelang tengahari. Menjelang maghrib barulah batch mereka dapat gelang.

Lebih 4 jam. Kalau yang demam rasanya boleh lagi demam. Makanan dan minuman tak bawa.. mujur foopanda ada tolong belikan air.

Jadi sesiapa yang perlu ke CAC bawalah :-
1. payung
2. kerusi lipat
3. kipas bateri
4. makanan dan minuman
5. powerbank (untuk caj hp/kipas)
6. buku/majalah
7. alat permainan jika bawa anak-anak kecil
8. ubat-ubatan 

Pack makanan di rumah nenek juga berubah kepada packing individually. Jadi makan tidak bercampur-campur. Cik Fatin pula perlu lebih kerap mop lantai dan sanitise rumah. 

Bilik air juga telah diasingkan. 


Senang guna camni... kawasan liputan lebih luas.



3 comments:

  1. Allahu..berat dugaan bila family ada positive covid. Semoga dipermudahkan segala urusan dan segera berakhir tempoh kuanratin nanti. Aaminnn

    ReplyDelete
  2. Aamiin, terima kasih Azhafizah.. ya betul tu. Kami family lain harus bantu satu sama lain.

    ReplyDelete