Pages

Thursday, July 29, 2021

Nasi Lemak sebelum mulakan jadual

Sebelum masuk home office sempat lah buat breakfast berat sikit hari ni.
Nasi lemak.
Dah turunkan sotong kembang dan kelapa parut dari freezer ke chiller. Cili kisar baki hari raya raya haji pun banyak lagi. 
Pagi tinggal blend kelap parut untuk dapat pati santan dan blend bawang.

Siap dah.
Bilis goreg takde sebab tiada stok.
Kakak Widad makan dulu sebab ada kelas jam 9 pagi.

Wafi makan selepas habis google meet jam 9 pagi. Ayah pula makan selepas habis kelas pertama.
Masing-masing ada jadual sendiri jadi tak dapat makan bersama.

Paling best adalah abang Imi, tak ada komitment lagi sekarang ni.. selepas subuh tidur lagi. Wahhh.. seronoknya dia. Kalau masa intern haritu 8.30 am sudah terpacak di KPM. balas dendam betul.

Ibu relax-relax sikit hari ni. Selepas on laptop dan check email baru breakfast.
 

4 comments:

  1. Nikmatnya makan nasi lemak panas panas waktu pagi. Masing masing ada waktu makan masing-masing ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fizah, tak perlu tunggu sebab jadual berbeza. Pandai2 cari sendiri sebab dah siap hidang pun.

      Delete
  2. Berselera tengok hidangan nasi lemak tu. Tak ada ikan bilis pun masih oke, janji sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting nasi tu kena berlemak hehe.. sambal pun kena power kan!

      Delete