Kakak Widad sudah pesan yang sebahagian dari durian yang dibeli mahu dibuat serawa. Malam semalam ibu buatkan juga ambil 2 biji lebih buah durian tu. Sebelum tu cari roti putih tapi tak jumpa. Tidak mengapalah.. boleh buatkan roti jala atau lempeng sahaja.
Resepi dari Azie Kitchen. Sebelum ini pernah letak resepi. Masih guna respi yang sama juga sebab ini paling mudah.
Resepi Roti Jala
Bahan-bahan
1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 cawan air/susu segar@cair/santan (air + susu cair yang ada di rumah)
3. 1 biji telur
4. 2 1/2 sudu besar minyak masak
5. 1 sudu kecil garam
6. Pewarna kuning
Cara-cara
1. Blendkan semua bahan2 di atas. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.. kalau pekat susah pula nak keluar dari acuan. Jika terlalu cair keluar bintik2 pula atas kuali.
2. Panaskan kuali non stick dengan api kecil
3. Jalakan adunan atas kuali. Ibu buat pusingan bulatan sebanyak 10 kali.
4. Biarkan beberapa ketika.. nampak agak garing sikit boleh angkat. Tidak perlu terbalikkan. Letak atas pinggan dan lipat kiri kanan dan gulungkan.

Resepi ini dapat dalam 35 pcs roti jala.
Wafi ada cakap yang dia lebih menggemari roti jala dengan kuah kari. Maka tengahari tu ibu ada masakkan kari sardin.
Bahan-bahan
1. 2 biji durian kampung (ikut nak letak beberapa ulas pun boleh)
2. 1 kotak santan kelapa
3. 10 SB gula (bergantung kepada kemanisan masing-masing)
4. 1/2 SK garam
5. 3 helai daun pandan
6. 1 mangkuk air
Cara-cara
1. Masak durian bersama air, gula, garam dan daun pandan sehingga tanggal isi durian dari biji.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga pekat.
Serawa ni nampak cair tapi apabila sejuk ia akan melikat
Cantik kejadian roti jalanya. Kuah serawa tu nampak sedap sungguh!
ReplyDeleteKena adjust lubang acuan tu.. itu pun terpotong besar. Ada member buat jualan, halus sangat jalanya..memang cantik. Ini asal boleh lah.
ReplyDelete