Beberapa hari lepas viral tentang periuk nasi yang disajikan atas meja bersama hidangan lain. Ada yang setuju dengan alasan lebih praktikal. Golongan yang tidak bersetuju kata tidak sopan letak atas meja. Hurmmmm...
Apa jua alasan, raikan pendapat masing-masing.
Biasa ibu hidang nasi ambil pinggan dan ceduk dari periuk nasi lepastu letak pinggan atas meja. Sapa nak tambah ambil sendiri dari periuk. Periuk tu tak angkat pun dari rumahnya. Kadang letak nasi tambah dalam mangkuk.. itupun jarang. Biar sahaja nasi tu panas dalam periuk.
Makan sendirikan... mana-mana yang praktikal je. Kalau untuk tetamu akan hidang nasi dalam mangkuk atau casserol. Pinggan pula tak ada pinggan tetamu. Pinggan yang sama sahaja guna sebab beli pinggan untuk pakai harian.
Petang tadi si comel undut-undut Indah Cempaka singgah rumah. Geramlah Kakak Widad dan Wafi. Tengok pipi pau tu😃Tahniah!
Semoga atlit lain akan terus cemerlang.
Setiap rumah ada cara hidangan masing-masing. Isu ni pun boleh buat gaduh pendapat. Macam macam. Comel lah periuk tu. Senang ada penutup tak perlu tutup guna tudung saji. Apapun tetamu yang datang, ikut je apa yang tuan rumah hidangkan.
ReplyDeleteTahniah Malaysia dapat 1st medal semalam.
Betul... tak habis lagi kat FB tu.. dan masing2 nak menayang periuk pula. Bila dah selalu jadi tak suka pula... skrol laju2ðŸ¤
ReplyDeletePeriuk tu hadiah dari seseorang tapi tak ingat.. orang bagi kita guna je buat tukar2 appearance atas meja hehe.
Saya pernah makan di rumah kawan, ibunya letak periuk nasi, letak lesung berisi sambal tempoyak. Kami makan ramai-ramai sekeluarga. Tak terfikir pula nak pertikai kenapa keluarkan periuk kenapa bubuh lesung sambal belacan.... hihihiii.
ReplyDeletehahahha... orang dah hidang.. tinggal makan je kan... apa nak bising2.
Delete