Pages

Saturday, July 17, 2021

Nasi Kuning Sabah

Sehari selepas vaksin mata ni bagai ada magnet. Mengantuk lah sungguh. Pagi tadi selepas Subuh tertidur sampailah 9 lebih. Bangun bersih-bersihkan diri. Since takde kerja tu yang update blog pagi tadi. Selepas Zohor tidur balik sehinggalah menjelang Asar. Teruk benarlah penangan suntik vaksin ni. Patutlah ada member cerita seharian mereka tidur selepas vaksin. Mujur bukan hari bekerja. Kalau tidak kena ambil cuti. Ada juga yang demam, kebas-kebas tangan dan tidak kurang pula yang selera makan bertambah-tambah. Tangan yang lenguh sudah semakin ok. Masih bertampal koyok dan sapu Peppermint.

Haritu baca di blog Amie's Little Kitchen tentang Nasi Kuning. Nampak sungguh menyelerakan bila dihidang dengan ikan sebelah. Ikan ni pun tak pernah makan apatah lagi beli. Kena cari juga lah kekdahnya. 

Hari ini puasa pada 7 Zulhijjah.  Selepas solat Asar ke dapur dan mula masak. Pagi tadi dah plan nak masak Nasi Kuning Sabah. Resepi ambil di blog Amie's Little Kitchen. Bila baca rupanya nasi kuning ni nasi lemak seperti yang biasa kita buat cuma ditambah dengan serbuk kunyit. Cara memasak samada dikukus atau ditanak seperti nasi biasa. 

Originally jika di Sabah mereka makan bersama sambal ikan tapi sekarang sudah dipelbagaikan. Boleh juga dimakan dengan lauk ayam, daging dan sebagainya. Condiment juga tidak banyak seperti nasi lemak yang ada kacang dan ikan bilis goreng. Oleh kerana ibu sudah masak sambal sotong kembang, maka gorenglah 2 ekor ikan pelaling. Tinggalkan seekor ingatkan ada yang nak makan.. hurmm.. sampai ke malam masih elok je atas pinggan.

Inilah nasi kuning versi ibu. Tidak ada campuran beras pulut sebab tiada stok.Bahan yang lain masih sama seperti buat nasi lemak. Walau nasi tidak berderai tapi sedap. Ibu kan masih gagal buat nasi berderai mungkin perlu dikukus. Tapai kalau guna basmathi insyaallah menjadi.

Resepi Nasi Kuning

Bahan-bahan
1. 4 pot beras
2. 2 helai daun pandan carik dan simpulkan
3. 2 inci halia dihiris halus
4. 1 ST garam
5. 1 ST serbuk kunyit
6. Santan kelapa (tidak sukat sebab ikut sukatan masak nasi guna 2 ruas jari).

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas dan tanak seperti biasa.
2. Bila nasi hampir kering ibu tambahkan 1 sudu makan minyak masak dan gaul rata. Minyak ini  akan menjadikan nasi lebih berkilat.
3. Bila nasi dah masak bolehlah dihidang dengan lauk kegemaran.

Gembira dengan hasil masakan sendiri hehe.. lainkali boleh campur dengan beras pulut pula.

Plating lah elok-elok sebab nak masuk blog kan. Nasi semangkuk kecil je tapi bila makan tambah lagi semangkuk :-)

Pasti akan buat lagi. Selain aroma daun pandan dan santan yang wangi, warna kuning ni pun sungguh menambat hati.
Wafi memuji-muji keenakan nasi kuning ni sehingga menambah dua kali.. waahhh.... tiga pinggan dia makan! Sudah pesan lain kali mama buat lagi ya!

Insyaallah.. boleh je. Benda mudah kan. Kelapa pun banyak hahaha..

Bagi mendapatkan sambal sotong kembang yang lembut, tadi ada baca petua.

Petua melembutkan sotong kembang

Pertama
Sotong dibasuh dan digunting ikut saiz yang dikehendaki. Masukkan ke dalam kuali atau periuk dan masak atas api. Ini bagi mengeringkan air sotong. Sekejap sahaja dalam 2-3 minit bila nampak sotong sudah agak kecut.

Kedua
Sotong dibasuh dan digunting ikut saiz yang dikehendaki. Masukkan ke dalam kuali atau periuk dan tambahkan air separas sotong dan masak atas api. Sekejap sahaja dalam 1-2 minit dan angkat kemudian toskan.

Ketiga
Masak menggunakan pressure cooker Noxxa. Stir fry bawang, cili dan bila sudah garing masukkan sotong yang sudah dipotong. HP 3 minit. Lepaskan wap dan guna fungsi stir fry semula dan keringkan sedikit sambal. Perasakan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping. Selesai.

Hari ini ibu guan method pertama. 30 minit siap sambal. Kena pastikan sambal betul-betul masak sebelum masukkan sotong dan bahan perasa lain.

2 comments:

  1. Wah! Ada nasi kuning di sini. Patutlah asyik tersedak, rupanya ada orang sebut nama hehehheee.
    Tak wajib tambah beras pulut sebenarnya untuk masak nasi kuning ni. Guna sejenis beras pun ok. Cuma, yang tambah pulut tu sebab nak bagi nasi kuning lembut dan lekit -lekit sikit. Itu cara biras saya masak nasi kuning.
    Nak makan dengan lauk apa pun boleh. Ikut selera. Terima kasih cuba resipi dari Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. bila share picture dengan family, ada sepupu duduk di Kota Belud komen kata nasi kuning ni makanan orang Lahad Datu.. ehh.. tepat sekali sebab ambil resepi pun dari blogger duduk di LD.

      Delete