Selepas habis waktu bekerja terus ke dapur. Dari tengahari dah plan nak buat cucur jagung untuk minum petang. Ada udang 5 ekor ibu dah keluarkan siap-siap .. aduhh.. 5 ekor pun Kakak Widad tinggalkan masa masak udang buttermilk haritu😩😩😩
Sedang siapkan bahan Kakak Widad masuk dapur... tanya boleh tak ibu buatkan bubur jagung. Adeh... jagung ada 4 tongkol je. Kena bahagi dua je lah macam ni.
Resepi ni ibu dapat dari Cik Ana.
Cucur Jagung
Bahan-bahan
- 4 cawan tepung gandum
- 2 tongkol jagung disagat
- 1 paket yis Mauripan
- Udang dibuang kulit dan potong
- 3 SB udang kering rendam dan tumbuk
- 2 biji cili merah buang biji dan hiris
- 1/2 biji bawang besar potong dadu
- 1 SK garam
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Campurkan bahan-bahan di atas dengan air biasa.
2. Tutup bekas dan biarkan 30 minit bagi bancuhan mengembang.
3. Goreng sehingga masak.
Bila dah sejuk jadi lembut.
Ibu makan dengan sambal sotong pagi tadi.
Sedap cucur jagung manis ada hirisan cili pedas pedas manis rasanya
ReplyDeleteIni tak rasa pedas Fiza sebab guna cili merah besar.. cuma nak bagi kaler2 je dalam cucur tu.
DeleteCantiknya cucur jagung!
ReplyDeleteAgaknya guna pewarna kuning nampak ceria.. kalau tak bubuh apa2 kita goreng agak perang sikit tak adalah nampak pucat.
Delete