Sehari sebelum hari Raya Korban ibu ada sediakan kuah kacang. Inilah kali pertama ibu buat sendiri... ya... pertama kali buat from scratch. Sebelum ini hanya tolong nenek samada sediakan bahan atau tolong-tolong masak. Bahan yang digunakan pun seingat-ingatnya sahaja dan cara memasak memang follow cara nenek.
Kali ini berazam buat sendiri sebab dengan PKPD risau tak dapat balik rumah nenek. Polis memang kerap buat sekatan jalan raya SJR betul2 depan rumah nenek. Alhamdulillah haritu tiada SJR dapatlah ibu balik sekejap hantar makanan dan tapau balik. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah semula.. risau nak berlama-lama dalam keadaan pendamik ini.
Bahan-bahan
1. 400 gram kacang tanah
2. 5 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
3. 2 biji bawang besar
4. 5 ulas bawang putih
5. 2 inci lengkuas
6. 1 inci halia
7. 5 biji buah keras
8. 3 sudu besar udang kering
9. 2 batang serai (diketuk)
10. 2 sudu besar asam jawa Adabi/air asam jawa
11. 1 keping gula kabung
12. Garam, gula putih, serbuk perasa.
*boleh juga tambahkan serbuk cili untuk dapatkan warna yang lebih merah pada kuah kacang. Ibu tak letak sebab tiada stok cili powder.
Cara-cara
1. Masukkan kacang tanah dalam air fryer 10 minit. Boleh juga goreng tanpa minyak/sangai atau goreng dengan minyak banyak biar sekata. Angkat bila hampir perang jangan sampai coklat sebab bila dah angkat masih berlaku proses masaknya.
2. Sejukkan dan blend secara basah. Masukkan air dalam blender dan blend kasar.
3. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga menggelegak. Ibu reneh dalam 20 minit.
4. Blend bahan-bahan no 3 hingga 8.
5. Guna kuali dan panaskan minyak. Masukkan serai kemudian tumis bahan blend. Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
6. Perasakan gula kabung, garam, gula, serbuk perasa dan asam jawa. Tutup api.
7. Masukkan bahan tumisan ke dalam kacang tanah yang sedang direbus. Tambahkan air jika pekat. kuah kacang mesti ada rasa manis lebih.
8. Bila dah pekat tutup api..
Kuah kacang versi nenek ni takde guna santan jadi ia tahan lama. Biasanya akan dipanaskan pagi dan malam jadi warna akan menjadi semakin gelap. Lama kelamaan rasanya lebih lemak. Mungkin juga sebab penggunaan buah keras. Periuk pun tidak perlu ditutup rapat. Memadai dengan tudung saji yang jarang atau sehelai suratkhabar sahaja.
Ini ibu makan dengan lemang.. apedehal.. kita yang makan dia hahaha...
Cantik kejadian kuah kacangnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Cuba jaya ni cikgu.. harap akan bertambah baik lagi.
Delete